Wednesday, June 11, 2014

#PemilihanPKR 3 Ahli Dipecat



 
 
Lembaga Disiplin KEADILAN hari ini mengeluarkan kenyataan hasil mesyuarat yang  dipengerusikan oleh  DS Dr Wan Azizah, Presiden KEADILAN, dan dihadiri anggota-anggota Biropolitik yang lain.


Hasil dari mesyuarat tersebut, Parti itu telah membuat keputusan bahawa 3 orang ahli parti nye dipecat sementara beberapa orang lagi digantung keahliannya.

Berikut adalah keputusan-keputusan yang dicadangkan Lembaga ini dan dipersetujui Biropolitik:

wee
Keratan Dari Akhbar Sinar Harian

1) Sdr MD NASIB BIN RAHIM (Cabang Bagan Serai)
Beliau telah digantung keanggotaan selama tiga tahun sehingga 14hb April 2016. Namun beliau telah mengingkari arahan surat penggantungan dan membuat kenyataan media mengkritik parti secara terbuka dalam akhbar Sinar Harian pada 19hb Mei 2014 bertajuk “Desak Azmin, Kwee Keong letak jawatan”.

Sdr MD NASIB BIN RAHIM dengan ini dipecat dari Parti Keadilan Rakyat.

2) Sdr IBRAHIM BIN MAHIDIN (Cabang Kuala Selangor)
Sesi pendengaran ke atas beliau telah diadakan pada 23hb Mei 2014. Beliau tidak menjawab dakwaan bahawa beliau telah menjalankan aktiviti politik wang di pemilihan Cabang Kuala Selangor.

Sdr IBRAHIM BIN MAHIDIN dengan ini dipecat dari Parti Keadilan Rakyat.

3) Sdr K GUNASEKARAN A/L KUPPAN (Cabang Hulu Selangor)
Selepas beberapa sesi pendengaran, beliau didapati telah mengepalai sekumpulan 10 orang yang mengugut Ketua Pengawas Pemilihan Cabang Hulu Selangor pada 11hb Mei 2014.

Sdr K GUNASEKARAN A/L KUPPAN dengan ini dipecat dari Parti Keadilan Rakyat.

4) Sdri MONNIZA @ SARIMAH ABDUL GHANI (Cabang Kampar)
Beliau telah membuat kenyataan media yang telah dilaporkan akhbar Berita Harian, muka 7 pada 12hb Mei 2014. Beliau telah diberi surat tunjuk sebab namun tidak menjawab balas surat tersebut.
Biropolitik telah bersetuju untuk menggantung keanggotaan sdri MONNIZA @ SARIMAH ABDUL GHANI selama satu tahun bermula serta-merta.

5) Sdr S MANIKAVASAGAM (Cabang Kuala Selangor)
Beliau telah memberikan penjelasan berkaitan tindakan beliau membuat kenyataan kepada media pada 11hb Mei 2014.

Setelah mendengar penjelasan tersebut, Biropolitik telah bersetuju untuk memberi amaran keras serta menarik balik penggantungan keanggotaan sdr S MANIKAVASAGAM serta-merta.

6) Sdr BOBINATH A/L VELLO (Cabang Kuala Selangor)
Beliau telah memberikan penjelasan berkaitan tindakan beliau membuat kenyataan kepada media pada 11hb Mei 2014.

Setelah mendengar penjelasan tersebut, Biropolitik telah bersetuju untuk memberi amaran keras serta menarik balik penggantungan keanggotaan sdr BOBINATH A/L VELLO serta-merta.

Pemilihan semula akan dijalankan bermula Ahad 15hb Jun 2014. Oleh itu, KEADILAN memandang cukup serius sebarang tindakan yang berusaha untuk mengganggu proses pemilihan tersebut, dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan disiplin terhadap mana-mana anggota parti yang didapati terlibat dalam sebarang usaha mengganggu proses pemilihan.



-tv14-

No comments:

Post a Comment