DALAM manifesto PR untuk PRU-13 selepas sepenggal memerintah negeri
Selangor, PR menjanjikan yang semua plaza tol lebuhraya dalam Selangor
akan dimansuhkan demi untuk meringankan beban rakyat yang semakin
terbeban dengan ekonomi tidak menentu negara.
Namun, baru setahun PR memerintah negeri Selangor kembali, Khalid Gagap,
Menteri Besar Selangor telah pun mengumumkan akan meneruskan projek
Lebuhraya bertol KIDEX (Kinrara-Damansara Expressway).
Ternyatalah yang pembinaan lebuhraya ini adalah salah satu sumbangan
negeri Selangor kepada rakyat Selangor yang mengharapkan kerajaan negeri
tidak membebankan rakyat.
Janji tinggal janji.
Walaupun perkara ini mendapat bantahan daripada pelbagai pihak, namun
Khalid Gagap dalam sidang media nya baru-baru ini akan tetap meneruskan
projek KIDEX. Katanya ini adalah untuk kesenangan rakyat Selangor yang
pergi dan pulang dari kerja terpaksa melalui kesesakan lalulintas setiap
hari.
Untuk makluman, pembinaan KIDEX ini adalah sepanjang 14.9 km dengan
membabitkan perbelanjaan RM2,200 million bersamaan RM148 million bagi
setiap kilometer. Bermakna, KIDEX lebih tinggi kos pembinaannya
berbanding AKLEH dan DUKE.
Siapa pula yang mendapat projek mega ini? Pendedahan akan dibuat tidak
lama lagi kerana kami semua telah menerima satu maklumat yang amat
serius.
Rupanya ada perjanjian SYAITAN dibelakang pembinaan KIDEX ini.
Dan yang lebih mengejutkan, bukan sahaja Khalid mendapat habuannya malah
orang kanan di dalam Pejabat Menteri Besar juga mendapat bahagian
masing-masing.
-nblo-
No comments:
Post a Comment