Sunday, June 22, 2014

Apa Nak Jadi Dengan Nasib Khalid?

alt

Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dilihat berhadapan dengan nasib malang setelah bekali-kali didesak oleh rakan pakatan untuk meletakkan jawatan nombor satu negeri ekoran didakwa gagal menjalankan tugasnya dengan baik.

Mulanya Khalid diselar Ahli Parlimen DAP Jeff Ooi berikutan kes catuan air yang berlaku di Lembah Klang April lalu.

Jeff menjelaskan Khalid gagal mengurustadbir sumber air negeri mengakibatkan hapir 80 peratus kawasan Lembah Klang dicatu bekalan air selama berbulan-bulan.

Tidak berhenti setakat itu, Khalid selagi didesak beundur apabila Ahli Parlimen Raub, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz (DAP) juga mendakwa Khalid tidak layak mentadbir Selangor.

Terbaru, PAS Selangor juga melihat pengunduran Khalid sebagai Mentei Besar adalah yang terbaik ekoran Ahli Parlimen Bandar Tun Razak itu dikatakan sering membawa masalah.

Menurut Pengarah Pilihan Raya PAS Selangor Jaafar Sulaiman, kesemua 22 Yang di-Pertua PAS Selangor juga bersetuju bahawa kelemahan Pakatan Rakyat (PR) di Selangor bepunca daripada Khalid.

Jelas Jaafar, Khalid sering membelakangi rakan PR dalam membuat keputusan berkaitan hal-hal negeri.

Katanya lagi, perkara ini akan dipanjangkan ke peringkat PAS pusat bagi meminta pucuk kepimpinan PR menimbang kembali untuk mengekalkan Khalid sebagai Menteri Besar sehingga Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) sekitar 2018.

Sementara itu, Khalid dalam kenyataannya baru-baru ini bertegas untuk menggalas tugasnya sebagai Menteri Besar sehingga akhir penggal.



-rakyat news-


Bukan niat admin nak kutuk TS Khalid, tapi memang benar Khalid gagal mentadbir Selangor dengan baik. Sejak penggal lepas, satu demi satu aset kerajaan negeri Selangor dijual dengan tujuan nak tunjuk audit yang cantik. Bukan itu saja, isu air, denggi dan sampah menjadi tersanggat kritikal! Manifesto yang tidak ditunaikan pun banyak jugak. Bila di bawa ke mahkamah, dikatanya manifesto bukan janji dan boleh tidak ditunaikan. Seandainya Khalid tidak tutup projek Langat ll, sudah pasti dia tidak dikutuk Jeff Ooi sebab gagal selesaikan masalah air di Selangor. Nampaknya Khalid dah lupa pilihan utama calon MB pada penggal ini adalah dari PAS kerana menang majoriti di Selangor. Mungkin sekarang ni Khalid menyesal sebab tak dengar kritikan dan kutukan dari BN terutamanya UMNO. Di pihak kita, dah banyak kali kutuk Khalid pasal isu air, denggi, sampah, Langat ll, penjualan aset kerajaan negeri hinggalah menyentuh kelakuan ADUN dan ahli PR. Oleh itu, sekiranya Khalid ingin selamatkan kerjaya politiknya, dengarlah setiap kutukan dan kritikan kami sebab kami kutuk dan kritik demi kebaikan rakyat Selangor. Hanya itu yang kami mampu buat memandangkan kami tidak mendapat mandat untuk mentadbir negeri Selangor

No comments:

Post a Comment