Pasti umum
mengenali siapa individu bernama Jason Lo ini. Cukup terkenal dengan
rancangan maya mencari bakat pemain bola atau lebih diingati dengan
Pasukan My Team. Juga merupakan antara tokoh usahawan muda yang berjaya
di negara kita.
Namun
kenyataan beliau yang dibuat secara terbuka dalam twitnya seperti di
atas telah mengundang kontroversi. Apakah perlu beliau mengeluarkan
kenyataan begitu? Tidakkah beliau sedar bahawa Islam mendapat
keistimewaan dalam perlembagaan negara?
Peruntukan
mengenai Islam sebagai Agama Persekutuan termaktub di dalam Perkara 3
Perlembagaan Persekutuan. Ini bermakna Malaysia adalah sebuah negara
yang mengiktiraf Islam sebagai agama negara (agama persekutuan) tetapi
hak untuk penganut agama lain mengamalkan agama dan kepercayaan mereka
tidak disekat.
Agama dan
kepercayaan lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana
bahagian Persekutuan-Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan.
Namun, hak
seseorang untuk mengembangkan agama lain boleh disekat atau dikawal oleh
undang-undang negeri, atau undang-undang persekutuan bagi Wilayah
Persekutuan. Mereka dilarang menyebarkan agama lain kepada umat Islam.
Perkara 11(4).
Apakah Jason
Lo telah lupa akan perlembagaan negara kita? Jangan kerana "kebebasan
bersuara" merosakkan keharmonian yang kita kecapi ketika ini.
Jason Lo, Lu yang mulakan :
Ni satu lagi BADIGOL!!!
Jason Lo, Lu yang mulakan :
Ni satu lagi BADIGOL!!!
Kepada
pejuang-pejuang agama dan perlembagaan, rasanya kenyataan beliau ini
AMAT BOLEH DIKATEGORIKAN SEBAGAI MENGHASUT!!!! Jadi tunggu apa lagi?
-belia bangkit-
No comments:
Post a Comment