El Nino; cuaca panas melampau dijangka
bakal melanda negara tidak lama ini. Mengikut kajian, kebarangkalian
ianya melanda Asia Tenggara ialah 70%, dan Malaysia termasuk ke dalam
ruang lingkup itu.
Apa yang menakutkan, ia dijangka
berlarutan selama 6 bulan dengan keadaan panas melampau yang dikhuatiri
membawa kepada kesan-kesan pada tahap kesihatan rakyat.
Selangor baru sahaja selesai menghadapi
karenah politik dan ketidakupayaan urustadbir yang menyusahkan sekelian
rakyat di Lembah Klang apabila terpaksa mengharungi detik-detik tanpa
air dalam meniti kehidupan seharian.
Sejauh mana kerajaan negeri berkebajikan
mampu untuk mengharungi gejala El Nino nanti? Yang pasti, penggunaan air
diperlukan lebih dari biasa berikutan cuaca panas ini. Lebih dari apa
yang diperlukan sewaktu pesta catu air di Selangor tempoh hari.
Imbas kembali pengalaman kita sewaktu
1998, yang penulis percaya masih lagi berlegar-legar di minda semua.
Rungutan dari segenap lapisan masyarakat.
Panas dan terik memerlukan kita
meningkatan pengambilan air minuman, serta keperluan untuk mandi atau
membersihkan tubuh badan adalah lebih kerap dari biasa.
Persekitaran yang kering juga boleh
mengakibatkan kebakaran hutan, yang akhirnya membawa kepada jerebu.
Maka, kerap-keraplah membasuh muka dan meminum air yang banyak untuk
mengelakkan sebarang masalah kesihatan. Lagi air yang diperlukan.
Air juga merupakan agen terpenting yang bakal digunakan sekiranya ada hutan-hutan yang terbakar kelak.
Ketika keperluan terhadap air meningkat,
fenomena El Nino ini membawa kepada situasi di mana sejatan air berlaku
di kawasan tadahan air. Empangan-empangan bakal dilanda penurunan kadar
simpanan air, satu situasi yang telah dijadikan alasan oleh kerajaan
negeri untuk mengelakkan mereka dipersalahkan dek permainan politik
tanpa sempadan baru-baru ini.
Apa plan kerajaan negeri untuk menghadapi
El Nino nanti? Penulis difahamkan bahawa beberapa kawasan lombong telah
dikenalpasti sebagai berpotensi untuk membekal air kepada pengguna.
Bukankah air lombong mempunyai kadar
logam berat yang tinggi yang boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan
pengguna? Siapa yang boleh memastikan ianya selamat? Kali terakhir
penulis percaya dengan kenyataan Menteri Besar adalah sewaktu
“konsultan” mereka membuat kajian bahawa kononnya krisis air Selangor
hanya akan berlaku pada 2019!
Di bawah ini adalah contoh bekas lombong
yang dahulunya bersih dan dijadikan tempat rekreasi di Puchong, kini
dipenuhi sampah sarap. Kalau ini pun tidak mampu dijaga oleh kerajaan
negeri, apa jaminan bahawa bekas lombong lain mampu dijaga tahap
kandungan airnya?
Sebagai tambahan, cuaca panas juga
meningkatkan kes penyakit sensitif iklim seperti taun, demam denggi dan
malaria. Serangan penyakit vektor ini bukanlah sesuatu yang asing di
Selangor.
Kritikalnya sumber air bersih tidak boleh
dipertikaikan lagi. Apatah lagi pada saat keperluan meningkat, dalam
keadaan keupayaan menyediakannya menurun, tentu sahaja bakal membawa
pelbagai musibah.
Tiba-tiba penulis teringat beberapa bulan
yang lalu apabila seorang sahabat dari United Kingdom berkata “I am
very confused as to why Selangor could face this crisis.” “You should
not have that kind of crisis since your country receives a heavy rain
throughout the year”.
Malu siooottt…
-nblo-
No comments:
Post a Comment