Kita perlu sedar bahawa agama Kristian kini sedang berkembang pesat dan kes murtad berleluasa.. Tanggungjawab membela agama Islam dan saudara se-Islam berada di tangan kita sebagai umat Islam bukannya di tangan Jabatan Agama dan Kerajaan sepenuhnya. Marilah kita sama-sama berganding bahu mempertahankan Agama Allah.
Artikel ini akan menjelaskan secara ringkas dengan membuat perbandingan secara kasar tentang perkembangan agama Kristian dan agama Islam.. Bacalah dengan berlapang dada.
1. Orang Islam menjual / memperdagangkan agamaya. Air jampi dijual, jus Tok Guru kononnya telah dijampi. Minyak ubat urut Anugerah kononnya dibacakan ayat suci 30 juzuk dijual dengan harga mahal. Agama Kristian tak jual malahan produknya dieri percuma.
2. Ustaz-ustaz mengajar agama 'demand' / meminta bayaran tinggi. Mubaligh Kristian berdakwah secara percuma. Sehingga jauh ke pendalaman. Malahan menanggung sendiri makan minum dan tempat tinggalnya.
3. Jabatan Agama Islam sibuk nak tangkap khalwat, orang pegi karaoke dan bernikah di Siam. Agama Kristian sibuk membantu orang yang dalam kesusahan (janda, miskin, mangsa tanah runtuh, banjir)
4. Gereja boleh dimasuki bila-bila masa tetapi masjid dikunci. (tak bagi orang masuk, tidur kononnya).
5. Imam solat kerana waktu kerjanya (dibayar gaji), Paderi sukarela.
6. Air zam zam dijual mahal tetapi Kristian meberi holy water secara percuma.
7. Jabatan agama Islam sibuk menghukum dan menakutkan orang tapi Kristian sibuk berdakwah.
8. Ustaz-ustaz sibuk menjual tanah suci membawa orang ke Mekah, Umrah. Harganya mahal. Bermotifkan keuntungan melampau. Paderi sibuk menaja orang2 susah membaiki rumah & bantuan barang-barang dapur.
9. Pegawai-pegawai Jabatan Agama Islam, Jabatan Zakat sibuk promosi nak naik gred bergaji besar. Bajet 'Pengurusan' lebih besar berbanding golongan asnaf. Paderi sibuk membuat kebajikan.
10. Ustaz-ustaz sibuk menjadi to bomoh, boleh mengubati serib macam penyakit. Paderi sibuk membina hospital.
11. Orang Islam sibuk dengan milikan rumah besar, kereta besar, motor besar untuk kepuasan diri. Tetapi orang Kristian sibuk berdakwah mencuba menarik hati orang Isam yg tidak punya harta.
Renungkanlah
No comments:
Post a Comment