Friday, June 27, 2014

Gangguan Bekalan Air Tanda Ketidakupayaan Selangor

Admin: ni kenyataan Tony Pua. Bukan admin yang keluarkan. Admin diam jer sebab terlalu geram n sakit hati. Rakyat Selangor n Kuala Lumpur tepaksa menyambut ibadah puasa dengan menggangkut air. Bayangkan yang tinggal di rumah flat. Bayangkan orang tua dan uzur. Tak kesian ker? Seperti catuan air yang lepas, kawasan elite tak terlibat tau. Tak percaya? cuba tanya mereka.

alt


PETALING JAYA 27 Jun - Krisis Air yang kembali melanda Selangor dan Kuala Lumpur menunjukkan ketidakcekapan kerajaan Selangor menguruskan sumber air terawat negeri.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua berkata, Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim seharusnya sudah menjangkakan perkara ini dan telah merangka rancangan hadapan bagi menghadapi cuaca kering.

“Hakikatnya gangguan bekalan air yang serius berlaku sepanjang minggu lalu, tidak lama selepas 'jaminan' kerajaan negeri, ia hanya mendedahkan sikap kurang serius dalam menyelesaikan isu itu dan kurang kecekapan pihak berkuasa relevan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurut Tony, Khalid juga telah berjanji bahawa tidak akan berlaku lagi catuan air selepas kali terakhir berlaku dua bulan lalu.

Katanya, Khalid dan exco berkaitan telah mengumumkan janji tersebut 11 dan 17 Jun lepas dan amat memalukan bagi Menteri Besar sekiranya janji tersebut diingkari.

Jelasnya lagi, ianya juga merosakkan imej Pakatan Rakyat yang mentadbir Selangor.


-rakyat news-

No comments:

Post a Comment