Tuesday, June 24, 2014

Persekutuan Kristian Malaysia Tetap Guna Kalimah Allah

alt
 
KUALA LUMPUR 24 Jun - Persekutuan Kristian Malaysia (CFM) bertegas akan menggunakan kalimah Allah walaupun Mahkamah Persekutuan membuat keputusan menolak rayuan akhbar mingguan The Herald semalam.

Presidennya, Rev Dr Eu Hong Seng berkata, pihak Kristian kecewa dengan keputusan tersebut sambil menganggap terdapat kelemahan dalam penghakiman lepas.

"Persekutuan Kristian Malaysia secara semula jadi sangat kecewa bahawa Mahkamah Persekutuan menolak kebenaran untuk Gereja Roman Katolik untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes The Herald.

"Kami terus mengekalkan bahawa keputusan Mahkamah Rayuan dan hujah dalam membuat keputusannya, begitu kritikal di mana terdapat kecacatan di dalam banyak aspek," kata Eu dalam satu kenyataan semalam.

Beliau menegaskan, penganut Kristian akan tetap menggunakan kalimah Allah dalam ibadah mereka sambil menyifatkan keputusan tersebut hanya terhad dalam kes tertentu.

Katanya, penganut Kristian mempunyai hak untuk meneruskan penggunaan kalimah tersebut.

"Memandangkan keengganan untuk memberikan kebenaran merayu kepada Gereja Roman Katolik, kita akan meneruskan tindakan dan aktiviti kita, menganggap keputusan Mahkamah Rayuan terhad kepada fakta kes tertentu saja," katanya.

"Masyarakat Kristian mempunyai hak untuk terus menggunakan perkataan Allah di dalam AlKitab, ibadah gereja dan perhimpunan Kristian dalam jemaah Bahasa Malaysia kami, seperti yang kita lakukan sebelum ini," katanya.

Eu turut menyifatkan keputusan hari ini memberikan kesan negatif kepada kebebasan beragama penganut Kristian di Malaysia.

"Ia beri kesan negatif yang serius terhadap kebebasan beragama bagi masyarakat Kristian di Malaysia adalah berpunca daripada seluruh pernyataan dan pemerhatian.

"Tapi malangnya Gereja Roman Katolik dinafikan peluang untuk mencabar pernyataan dan permerhatian begitu di mahkamah tertinggi," katanya.

Mahkamah Persekutuan semalam memutuskan untuk tidak membenarkan rayuan pihak gereja selepas empat daripada tiga panel hakim bersetuju menolak rayuan penggunaan kalimah Allah.

Panel hakim menolak permohonan gereja untuk merayu, dengan memetik Mahkamah Rayuan membuat keputusan yang tepat untuk melarang penggunaan kalimah tersebut dalam terbitan mingguan Katolik, The Herald.

Ketua Hakim Tun Arifin Zakaria yang mengetuai panel tujuh hakim itu berkata, Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif, Ketua Hakim Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin dan Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Suriyadi Halim Omar berkongsi pendapat yang sama.

Permohonan dilakukan pihak gereja selepas Mahkamah Rayuan melarang akhbar tersebut menggunakan kalimah Allah bagi menterjemahkan God bagi akhbar mingguan edisi berbahasa Melayu.


Admin ingin tanya. Adakah God dalam Bahasa Inggeris maksudnya Allah? Jika ya, apakah maksud Tuhan dalam bahasa Inggeris? Memandangkan mereka ini berdegil ingin menggunakan kalimah Allah, maka admin ingin tanya, apakah kita umat Islam ingin membiarkan? Tahukah kita apa yang akan terjadi sekiranya mereka menggunakan kalimah Allah di dalam bible versi Melayu? Untuk makluman para Muslimin dan Muslimat, orang Yahudi sebenarnya telah pun tahu bahawa orang Kristian akan memurtadkan umat Islam sebab asal usul agama Kristian ni pun dari orang Yahudi. Siapa yang menulis bible versi baru? Sudah tentulah orang Yahudi. Orang Kristian pula menjadi dungu dan hanya mengikut saja bible tersebut. Tak percaya?

No comments:

Post a Comment