Nama Panglima Tok Rashid yang berasal
dari Sg Daun, Yan, Kedah mula disebut secara umum oleh Almarhum Ustaz
Hanafi bin Ahmad pengasas Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia dalam
mengkisahkan asal usul silat tersebut. Di ceritakan bahawa Tok Rashid
telah mempelajari ilmu daripada Panglima Ismail dan turut mengantikannya
sebagai Panglima Kanan Negeri Kedah.
"Panglima Ismail, salah seorang panglima kanan kerajaan Kedah yang pernah menewaskan seorang batak bernama Tuah (bukan Hang Tuah) telah menurunkan ilmu silat ini kepada Panglima Tok Rashid."
petikan dari http://silatcekak.org/persilatan/asalusul.html
Pada satu ketika Tok Rashid merasa terkilan dengan tindakan sultan dalam cara menyelesaikan serangan taun di dalam negeri dan beliau merajuk hati dan keluar dari istana dan membuka 'Kampung Kedah', Kerian, Perak, tanah yang pernah dikurnia sultan dan tinggal di sana sebagai seorang pembuat bendang, pembuat atap rumah dan pencari akar kayu untuk dijadikan adunan ubatan tradisional. Namun begitu, beliau tetap berkhidmat dengan sultan tangkala khidmat hulubalang ini diperlukan. Maka telah dikisahkan Panglima Tok Rashid telah diminta menyelesaikan pertempuran dua kongsi Cina di Kulim dalam pertempuran yang bergelar 'Nyonya Chentek' sekitar 1888.
PENEMUAN 1 :
"Kampung Kedah terletak di dalam daerah Kerian, Perak pada asalnya merupakan jajahan negeri Kedah sehinggalah tahun 1848".
Petikan dari buku Haji Zain bin Abdul Rahman, ms38
Akhirkata :"Kisah Panglima Tok Rashid ini masih banyak harus diterokai dan sudah pastilah masa yang dapat menentukannya. Namun apa pun masih dipercayai bahawa keturunan panglima ini masih ada dan satu hari kisah beliau dapat sama-sama kita teruskan untuk semangat juang bangsa kita sendiri".
No comments:
Post a Comment