Showing posts with label Pahlawan Bani Jawi. Show all posts
Showing posts with label Pahlawan Bani Jawi. Show all posts

Saturday, July 19, 2014

Siri Pahlawan Bani Jawi: Dol Said

Dol Said @ Abdul Said lahir dalam tahun 1773, dari suku Semelenggang dan menjadi Penghulu Naning menggantikan Penghulu Anjak serta dilantik sebagai Penghulu Naning pada tahun 1799 sewaktu berumur 26 tahun. Dol Said merupakan pemerintah Naning yang ke-sembilan yang membantah pengenaan cukai ke atas daerahnya oleh pihak British. Beliau secara keras membangkang kemasukan tentera British di Naning dengan menunjukkan kebijaksanaan peperangan yang telah mengalahkan pihak British dalam dua kempen peperangan. Peperangan Naning, yang berlaku pada tahn 1834 telah menjadikan Dol Said seorang wira yang berani yang telah mengukir tempat di sejarah Melaka.

Wednesday, July 9, 2014

Siri Pahlawan Bani Jawi: Datuk Maharaja Lela


Dato' Maharaja Lela Pandak Lam adalah salah seorang pembesar delapan Perak. Pandak Lam adalah keturunan Daeng Salili, anak Raja Bugis yang berasal dari Daerah Luwuk, Sulawesi. Daeng Salili datang ke Perak ketika pemerintahan Sultan Muzaffar Shah III. Beliau dilantik sebgaai mufti Perak dan dianugerahkan gelaran Datuk Maharaja Lela Tan Lela dengan kuasa boleh memancung tanpa bertanya. Beliau terlibat dalam perjuangan menentang British di Perak dan merupakan pemimpin yang mengetuai perjuangan tersebut. Beliau bersama-sama dengan pemimpin lain seperti Orang Kaya-kaya Seri Agar Diraja (lebih dikenali sebagai Datuk Sagor) dan Ngah Kandin telah merancang dan membuat pakatan menentang penglibatan British di Perak dengan membunug Residen British iaitu James Wheller Woodfird Birch (J.W.W. Birch).

Sunday, June 29, 2014

Siri Pahlawan Bani Jawi: Dato' Bahaman


Nama sebenar Dato' Bahaman adalah Abdul Rahman. Ayahnya bernama Tuanku Imam Nuh berasal dari Bangkinang. Ibunya adalah Rokiah Abdul Rahman, anak Tok Setia Perkasa Semantan yang berketururnan Bugis dari Sulawesi Selatan. Beliau juga lebih dikenali sebagai Seman adalah seorang yang pandai bersilat dan juga mempunyai ilmu kebal . Kelebihan yang dimilikinya ini menyebabkan beliau digelar sebagai 'Seman Tahan' oleh penduduk di sekitar kawasan itu. Nama 'Seman Tahan' semakin hari semakin masyur di kalangan penduduk di sepanjang sungai yang tidak bernama ketika itu sehinggakan sungai itu diberi nama Sungai Seman Tahan dan seterusnya menjadi tempat persinggahan British. Perang Semantan ini dipimpin oleh seseorang pembesar bernama Dato' Bahaman . Punca utama pemberontakan ini ialah rasa tidak puas hati orang-orang Besar Pahang , terutamanya sekali Dato' Bahaman (Orang Kaya Semantan) terhadap campur tangan British ke atas kawasannya.

Sunday, June 15, 2014

Siri Pahlawan Bani Jawi: Mat Hassan Panglima Munas (Tok Janggut)


Inggeris cuba menyembunyikan cerita sebenar mengenai Tok Janggut. Lelaki tersebut dan kumpulannya dituduh penderhaka kepada sultan, bangsa dan tanah airnya iaitu Kelantan.
PROFIL
HAJI MAT HASSAN PANGLIMA MUNAS
Gelaran lain: Tok Janggut
Tahun lahir: 1850
Tempat lahir: Kampung Saring daerah Jeram, Kelantan.
Tahun kematian: 1915 (berusia 65 tahun).
Sumbangan: pejuang kebebasan Kelantan.

Monday, June 9, 2014

Siri Pahlawan Bani Jawi: Panglima Tok Rashid

Nama Panglima Tok Rashid yang berasal dari Sg Daun, Yan, Kedah mula disebut secara umum oleh Almarhum Ustaz Hanafi bin Ahmad pengasas Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia dalam mengkisahkan asal usul silat tersebut. Di ceritakan bahawa Tok Rashid telah mempelajari ilmu daripada Panglima Ismail dan turut mengantikannya sebagai Panglima Kanan Negeri Kedah.

Sunday, June 8, 2014

Siri Pahlawan Bani Jawi: Haji Sulong Al-Fatani


Seorang daripada ulama di nusantara yang terbabit dalam perjuangan menegakkan Islam ialah Haji Sulong Al-Fatani. Nama sebenarnya ialah Haji Sulong bin Haji Abdul Kadir bin Muhammad bin Haji Zainal Abidin bin Ahmad Al-Fatani. Beliau yang merupakan pejuang Islam yang dianggap sesetengah pihak sebagai ’Imam Bonjol Patani’ bukan sahaja menghabiskan usianya menegakkan syiar agamanya tetapi mengakhiri hayatnya untuk perjjuangan Islam.

Peristiwa kematian Haji Sulong Al-Fatani diselebungi misteri hingga sekarang kerana selepas dipanggil menemui seorang pegawai penyiasat polis, dia terus hilang. Kehilangan Haji Sulong Al-Fatani itu menjadi tampatan hebat kepada umat Islam Patani kerana mereka bukan saja kehilangan tokoh agama tetapi juga seorang pejuang Islam.

Monday, June 2, 2014

Siri Pahlawan Bani Jawi: Panglima Ismail

Panglima Ismail merupakan seorang panglima kanan Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II (1804 - 1845), sultan Kedah Darul Aman yang ke 22. Semasa pemerintahan baginda terdapat beberapa peperangan antara negeri Kedah dan Thai sehingga baginda terpaksa melarikan diri ke Perak, Melaka dan sehingga ke Temasik kerana Inggeris tidak mahu memberi pelindungan.