Friday, June 20, 2014

Bot Karam: Siapa Yang Terlelap?


mt ai maru

DUA kejadian bot karam dalam tempoh 24 jam yang berlaku di negara kita minggu ini sehingga mengorbankan beberapa nyawa dan beberapa lagi masih hilang, membuktikan ada pihak-pihak tertentu yang terlelap dan tidak melakukan kerja sehingga perkara ini tidak dapat dikesan, kalau bukan kerana berlaku kemalangan.


Jika berlaku di kawasan laut lepas, penulis boleh faham, tapi ini hampir dengan muara sungai yang tak seluas mana.  Persoalannya siapa yang sepatut meronda di kawasan itu?
Bukan mudah nak menyorokkan hampir 100 orang dalam sebuah bot pancung, tapi hairan ada juga yang tak nampak.

Harap jangan ambil mudah, isu penerobosan pendatang tanpa izin di negara kita semakin berleluasa kebelakangan ini.  Kerajaan sehabis baik cuba meningkatkan keupayaan pasukan penguatkuasaan, tapi yang akhirnya akan memastikan kejayaan mengekang kegiatan seperti ini ialah pihak yang menjalankan tugas di bawah.

Paling menyakitkan hati, ini kes pendatang tanpa izin nak balik kampung sempena Ramadhan – silap-silap mungkin datang balik selepas hari raya, bukan kes nak masuk untuk mencari kerja seperti yang biasa berlaku.

Sakit hati sebab, nampak mudah benar, senang-senang boleh datang dan senang-senang boleh balik, dah macam tandas awam pun ada negara kita ini dibuat mereka.  Menariknya tu, yang uruskan orang-orang ini balik pun ialah orang Indon juga.  Besar rangkaiannya tu, yang kita buat apa?

Mungkin isunya sekarang bukan kelengkapan dan jumlah anggota, tapi sumber risikan yang lemah.  Kelihatan disitu kita lebih menumpukan kepada soal penguatkuasaan, kurang dari segi pencegahan.

Imigresen, APMM dan polis marin seharusnya mempunyai rangkaian risikan sendiri untuk mencegah kegiatan seperti ini dari terus berleluasa.  Tak boleh bergantung harap kepada pihak polis semata-mata.

Sementara itu, dalam kejadian ini, mesti ada pihak yang pikul tanggungjawab, kalau tidak kerajaan dan imej agensi penguatkuasa yang berkenaan akan menjadi bahan ketawa indon-indon ini.



-suara generasi baru-

No comments:

Post a Comment