Wednesday, June 4, 2014

Tolak TPPA (Trans-Pacific Partnership Agreement)!!

Assalamualaikum wbt..

Semalam ketika dinner sempat juga saya mendengar berita yang TPPA ni memberi manfaat kepada Malaysia & Vietnam. Disebutkan juga bahawa Singapore & Vietnam telah pun menandatangi TPPA.. Persoalannya, adakah Malaysia juga telah menandatangani TPPA tanpa pengetahuan rakyat marhein? Saya perlukan penjelasan tersebut kerana rata-rata rakyat Malaysia menolak TPPA kerana TPPA lebih menguntungkan Amerika. Berita yang saya dengar tu pun tidak menjelaskan dengan terperinci manfaat TPPA terhadap Malaysia!



Kenapa pula Singapore & Vietnam menandatangani TPPA? Jawapannya adalah kerana Singapore sejak berpuluh tahun yang lepas telah pun menjadi sekutu Amerika. Jadi, setiap arahan Amerika mesti dituruti. Vietnam pula adalah kerana dengar khabarnya telah pun menjadi sekutu Amerika. Jadi sudah tentulah menuruti arahan Amerika. Itu semua demi membantu memulihkan semula ekonomi Amerika yang terjejas teruk akibat daripada perubahan sektor ekonomi pengkilangan ke sektor kewangan!

Dengarlah betul-betul penjelasan Tun M mengenai TPPA dan kenapa Malaysia perlu menolak perjanjian ini.


Perjanjian TPP Dari Kaca Mata Tun M, Bhg 1

http://www.youtube.com/watch?v=W7FuO8ZEzUw


Perjanjian TPP Dari Kaca Mata Tun M, Bhg 2
http://www.youtube.com/watch?v=zx5lYsrJ1MY


Perjanjian TPP Dari Kaca Mata Tun M, Bhg 3
http://www.youtube.com/watch?v=kjGjk65zvso



Saya harap agar Malaysia tidak menuruti arahan Amerika untuk menandatangani TPPA. Ternyata dengan penerangan dari Tun M di atas, Malaysia tidak memerlukan TPPA!

Sekian dulu dari saya.. In Shaa Allah jika tiada aral saya akan menulis lagi pandangan dan pendapat saya terhadap isu-isu semasa.


-Anna Cleonatra-

No comments:

Post a Comment