Monday, June 9, 2014

Propaganda DAP Kelirukan Rakyat

alt
 
Slogan 'Bangsa Malaysia' memang penuh aroma yang menghayalkan. Tak heran kalau DAP gemar bermain dengan isu ini.

Kononnya kita akan hidup dengan lebih harmonis dan maju dibawah aroma slogan itu.

Tapi alangkah baik kalau DAP turut bercadang untuk tutupkan sekolah vernakular, kerana disitulah polarisasi kaum mula membiak dan rasisme berkembang.

Semangat satu Bangsa boleh dimulakan dari sekolah kebangsaan, dengan belajar satu aliran atas nama negara bangsa.

Adakah DAP sanggup melihat Dong Zong atau Perkasa diharamkan, dan sekolah vernakular dimansuhkan sebagai langkah pertama untuk mewujudkan 'Bangsa Malaysia?

Jika tidak semua itu hanyalah retorik untuk mengelirukan rakyat dan memperbodohkan diri sendiri.



-rakyat news-

No comments:

Post a Comment