Monday, June 30, 2014

Abu Bakr al-Baghdadi diisytihar ‘Khalifah’ oleh anggota jihad di Iraq


Admin ingin tahu apakah reaksi umat Islam di negara ini berkenaan perlantikan 'khalifah' umat Islam seluruh dunia ini? Adakah kita menerima atau menolak? Janganlah lupa bahawa Rasulullah SAW telahpun berpesan bahawa di akhir zaman itu nanti, Islam akan bangkit daripada Timur dan baiahnya Imam Mahdi itu di hadapan Kaabah, bukan di Iraq dan bukan pula di Syam....? Kerana, dari arah Syam dan Iraq itulah akan munculnya Dajjal dan dari arah Najad itu timbulnya tanduk syaitan. Manakala, dari arah Syam dan Iraq itu jugalah akan datangnya tentera Dajjal yang bersama mereka ada As-Sufyani dan Bani Kalb. Berhati-hatilah dalam memilih pemimpin wahai kaum Muslimin.


Abu Bakr al-Baghdadi diisytihar ‘Khalifah’ oleh anggota jihad di Iraq       
 
GAMBAR Abu Bakr al-Baghdadi, pemimpin pergerakan Negara Islam dan Levant (ISIL) yang diisytihatkan sebagai ‘Khalifah’. - AFP



BEIRUT: Anggota pergerakan jihad di Syria dan Iraq mengisytiharkn penubuhan sebuah kerajaan khalifah’ mirip kepada sistem pemerintahan yang sudah pupus hampir 100 tahun lalu dengan kejatuhan kerajaan Uthmaniah.

Dalam rakan audio yang disebarkan melalui online, pergerakan Negara Islam Iraq dan Levant (ISIL), yang kini melancarkan ancaman di Iraq dan Syria, juga mengisytiharkan ketuanya, Abu Bakr al-Baghdadi sebagai ‘Khalifah’, iaitu pemimpin bagi orang Islam di semua tempat.
“Majlis Syura Negara Islam mengadakan perjumpaan dan berbincang isu ini (kerajaan Khalifah)...Pergerakan ini memutuskan untuk menubuhkan sebuah kerajaan Islam dan melantik seorang khalifah bagi negara Islam,” kata jurucakap ISIL, Abu Mohammad al-Adnani.

“Ulama jihad, Baghdadi diisytiharkan sebagai Khlafiah orang Islam,” kata Adnani.

Baghdadi “menerimanya dan menjadi pemimpin orang Islam di semua tempat.”

“Sekaligus dengan pengumuman itu, ungkapan ‘Iraq’ dan ‘Levant’ dikeluarkan daripada nama Negara Islam berkenaan dalam dokumen dan kertas rasmi,” kata Adnani.

Beliau menyifatkan kerajaan Islam itu sebagai “impian dalam hati semua orang Islam” dan “harapan untuk semua anggota jihad”.
 
Sistem pemerintahan khalifah itu dimansuhkan berikutan keruntuhan Empayar Uthmaniah pada 1924. 
 
- AFP

-via Berita Harian-

No comments:

Post a Comment