Pelukis
karikatur mesra pembangkang Zunar hari ini mengeluarkan satu karikatur
yang secara jelas menghina graduan yang lahir dari Uitm diseluruh
negara.
Karikatur yang membanding antara Uitm-
Harvard dan Oxford secara jelas merendah-rendahkan pengajian di Uitm.
Tertera di dalam gambar berkenaan iaitu Harvard(MD) Oxford (Phd) dan
Uitm “Mari buat dodol” (MBD)
Karikatur yang tersebar sejak pagi tadi
mengundang kemarahan ramai pihak termasuklah bekas-bekas pelajar Uitm.
Tinjaun didalam media sosial,ramai pengguna media sosial mengecam
tindakan Zunar berkenaan dan menuntut pelukis tersebut memohon maaf
secara terbuka kepada semua graduan Uitm serta orang melayu.
Ada diantara mereka berpendapat, tindakan
beberapa pihak menyerang Institusi Pendidikan milik bumiputera secara
konsisten sejak kebelakangan ini mengundang persoalan adakah perkara ini
dirancang atau secara kebetulan untuk menyerang organisasi dan
institusi milik bumiputera.
Didalam kempen Pilihanraya Kecil Teluk
Intan bulan lepas,calon melayu dari DAP Dyana Sofya secara jelas
menyerang Uitm dan mendesak Kerajaan membuka Uitm kepada bangsa bukan
lain dan secara tegas menyatakan Uitm bukan milik melayu sahaja.
Tindakan Dyana berkenaan mendapat kecaman ramai pihak termasuk persatuan
bekas pelajar Uitm sendiri.
Melihat kepada serangan demi serangan ini,
kerajaan perlu ada satu akta yang lebih tegas dalam membendung
permasalahan dan ancaman ini yang dilihat semakin berleluasa. Bumiputera
dan kaum melayu di Malaysia hari ini dilihat semakin ditekan oleh
pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.
Provokasi seperti ini diharap dapat
dielakkan berlaku pada masa akan datang kerana ia boleh mencetuskan
keadaan yang tidak stabil untuk Malaysia.
Apa niat pihak-pihak ini membuat provokasi
melampau seperti ini? Apakah mereka cuba menguji tahap kesabaran orang
Melayu dan bumiputera di negara ini?
Perkara yang berlaku tanpa kawalan ini
dilihat sangat tidak sihat,ia ditambah lagi dengan cadangan untuk
memansuhkan akta hasutan 1948 dan mengantikan beberapa akta yang dilihat
tidak mampu mempertahankan beberapa asas perlembagaan yang dibina.
Tun Mahathir baru-baru ini turut merasakan
kebimbangan beliau terhadap permansuhan akta hasutan 1948 kerana jika
benar akta berkenaan dihapuskan,maka Dasar Ekonomi Baru yang dicetuskan
oleh Tun Razak tidak akan relevan lagi.
Diharap pihak kerajaan memandang serius
perkara-perkara sebegini terutamanya dalam isu penghinaan terhadap Uitm
yang dibimbangi mampu mencetuskan ketegangan yang tidak dapat dikawal.
-suara generasi baru-
No comments:
Post a Comment