Tuesday, June 24, 2014

Minta Bantuan WHO: Air Dah Masuk Tekak Rakyat, Baru Nak Kaji?

selangor_air_who

RASANYA ngeri nak membayangkan nasib rakyat Selangor hari ini setelah mendapat tahu kerajaan negeri Selangor AKAN mendapatkan pandangan pakar dari WHO, Singapura dan Iran mengenai tahap keselamatan air lombong di Selangor yang SUDAH pun disalurkan kepada rakyat negeri itu bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan di empangan dan kolam takungan.


Air itu sudah masuk tekak rakyat, sekarang baru nak kaji ka?

Sebelum ini, Exco berkenaan, Dr. Ahmad Hairi Yunus dalam jawapan kepada soalan ADUN BN, Mat Nadzari Ahmad Dahlan di DUN Selangor sudah sahkan air lombong di Selangor selamat untuk diminum – walaupun ada kandungan logam berat. Kajian itu dijalankan kononnya oleh Jabatan Kesihatan.

Inilah yang aneh, tanyalah mana-mana pakar perubatan, tidak ada apa yang selamat kalau minum air yang mengandungi logam berat, bezanya kalau kuantiti tinggi, esok mungkin kena kanser, kalau kuantiti rendah, 5 tahun lagi mungkin kena kanser tapi bottom linenya – risiko kena kanser tetap ada.
Inikah yang Pakatan Selangor kata selamat?

Dalam pada itu, demi nak menyedapkan hati DAP yang banyak buat bising pasal hal sama, kepakaran Singapura ditagih sebab kononnya Singapura ada NEWATER!!  Khalid gagap ini tahukah NEWATER itu apa?  Itu air yang diekstrak dari bahan organik – senang cakap najis manusia dan terus dijadikan air minum.

Semua orang tahu DAP cukup rapat dengan Singapura, jadi dalam kepala Khalid, kalau bawa Singapura masuk, DAP akan diam.

Tapi Khalid sedar ke tak sedar yang di Selangor ini sumber yang tercemar oleh bahan bukan organik, logam berat. Apa relevannya kepakaran Singapura dibawa masuk?  Baik minta nasihat Indah Water saja sebab Indah Water pun buat benda yang sama, cuma tak terus dijadikan air minum tapi dilepaskan di sungai dulu sebelum diproses di loji pembersihan.

Apa sekalipun, yang penting sekarang tindakan kurang cerdik Khalid dan pentadbirannya dalam menguruskan sumber air di Selangor telah menyebabkan semua rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya terdedah kepada bahaya untuk mendapat kanser melalui sumber air yang diminum.

Tindakan tegas perlu diambil, kalau boleh dakwa Khalid kerana kecuaian sehingga menyebabkan nyawa rakyat terancam.  Ini dah terang dan jelas dah ni sebab sudah disahkan air lombong di Selangor memang mengandungi logam berat sehingga nak dibawa kepakaran dari luar untuk mengesahkan, nak tunggu berapa ramai orang kena kanser baru nak ambil tindakan?

-nblo-

No comments:

Post a Comment