Thursday, June 5, 2014

Strategi Kristianisasi


Saksikan video pendedahan strategi kristianisasi oleh mantan biarawati / sister, Hj Irena Handono yg kini telah memeluk Islam.. Antara rumusan yang diberikan:

1. Sentiasa ketahui visi, misi dan strategi Kristian

2. Lihat di sekeliling kita. Bantu orang yang kelaparan, orang yang tiada tempat tinggal, orang yang tidak mampu solat dan orang sakit. Sekiranya kita membiarkan, mereka akan pergi ke gereja meminta bantuan dan orang Kristian sendiri pun akan pergi kepada mereka untuk memberi bantuan.

3. Segala bentuk bantuan seperti kewangan, biasiswa dan ubat-ubatan dari orang Kristian kepada orang Islam adalah umpan untuk orang Islam murtad, berubah permikiran, berubah akidah dan menjadi was-was dengan Islam.


Sama-sama kita renungkan

No comments:

Post a Comment