Kemelut coklat Cadbury bermula apabila tersebar foto-foto dokumen makmal Kementerian Kesihatan yang mengesahkn 2 produk cokat Cadbury iaitu Coklat Kacang Hazel batch pengeuaran 200813MO1HI2 bertarikh luput 13 Nov 2014 dan Coklat Kacang Almond batch pengeluaran 221013NO1RI1 bertarikh luput 15 Jan 2015 dikatakan mengandungi lemak porcine iaitu lemak babi.
Ianya kemudian disahkan oleh ketua pengarah kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau turut mengesahkan 3 sampel telah di uji KKM dan sampel ke 3 coklat bebas dari porcine.
Persoalan yang timbul ialah:
Kalau betul Cadbury menggunakan lemak porcine dalam sebatian coklatnya sebagai pengawet kenapa sampel ke 3 iaitu coklat tanpa kacang di kesan tiada menggandungi porcine? Adakah porcine tersebut datang dari kacang hazel dan almond? Sudah tentu tidak kerana porcine adalah salah satu sebatian dalam coklat.
Di sinilah dapat dilihat agenda tersirat di sebalik kemelut Cadbury ini.
Mungkinkah ada pihak-pihak tertentu mensabotaj coklat tersebut dengan mencemari sampel tersebut sebelum menghantarnya ke makmal KKM. Atau mencemarinya di peringkat proses pengeluaran semasa batch pengeluaran coklat tersebut dihasilkan.
Untuk makluman Cadbury Malaysia adalah syarikat milik Melayu di mana pemegang-pemegang saham terbesarnya adalah Bousted Holding iaitu syarikat milik Lembaga Tabung Angkatan Tentera dan FELDA. Ianya juga diuruskan oleh ramai pekerja-pekerja Melayu dari peringkat pentadbiran hinggalah ke pengeluaran.
Isu ini berjaya menjadikan orang Melayu Islam menyerang produk keluaran bangsa mereka sendiri. Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Jaringan Melayu Malaysia telah terperangkap dalam permainan ini. Kedua-dua NGO ini yang sebelum ini begitu lantang mengajak kita memboikot produk kaum Cina kini menyerang syarikat milik Bumiputra. Setelah berjaya melaga-lagakan Melayu dipentas politik kita fasa seterusnya...
Cuba kita tanya-tanya dan fikir dulu.. Wallahualam
No comments:
Post a Comment