Sejauh mana tahap kesiapsiagaan kerajaan negeri
Selangor menghadapi musim panas luar biasa; El Nino sedangkan Menteri
Besar sendiri pernah menyatakan krisis air Selangor hanya akan berlaku
pada 2019. Hakikatnya, anda sendiri mengerti.
Bertitik tolak dari krisis air ini,
penulis dengan penuh risau melihat kebarangkalian ancaman El Nino kepada
rakyat Selangor, yang ketika itu baru sahaja selesai menghadapi
detik-detik sukar dalam kehidupan seharian yang berpunca dari amalan
politik tanpa sempadan kerajaan negeri.
Bersumberkan dari sahabat yang bekerja di
industri Air Selangor, penulis menerima mesej melalui aplikasi
“WhatsApp” yang merujuk kepada jadual gangguan di sekitar Wilayah Klang,
Selangor. Tidak cukup dengan itu, penulis juga menerima mesej tentang
gangguan bekalan yang melibatkan Wilayah Gombak.
Hasil pemerhatian dan maklumat dari
rakan-rakan sekitar Selangor, penulis mendapati banyak lokasi di sekitar
Lembah Klang mengalami gangguan bekalan air baru-baru ini. Terbaru,
difahamkan kawasan Rawang juga mengalami masalah yang sama, dan apa yang
membimbangkan penduduk, tiada notis diberikan kepada mereka. Keadaan
ini benar-benar “mimpi ngeri”, kerana tiada makluman awal yang
membolehkan persediaan dilakukan.
Kata harus dikota, dan bagaimana Menteri
Besar Selangor yang digambarkan “tidak gentar menghadapi El Nino”,
bertindakbalas atas gangguan terbaru ini? Menteri Besar Selangor Tan Sri
Abdul Khalid Ibrahim perlu imbas kembali janji yang dibuat olehnya dan
Exco yang bertanggungjawab pada 11 dan 17 Jun lalu bahawa tiada
keperluan untuk mencatu lagi bekalan air.
Apa beza catuan, dan gangguan bekalan
air? Tiada beza, kerana persoalan pokok ialah kegagalan kerajaan negeri
untuk menyediakan bekalan air kepada pengguna.
Penulis difahamkan keadaan ini berlaku
akibat dari kekurangan air mentah dari Sungai Selangor yang menyebabkan
pengeluaran air terawat di loji terpaksa diturunkan. Dan tidak perlulah
untuk Menteri Besar, selepas ini, berkata puncanya dari permintaan air
terawat yang tinggi dari pengguna akibat musim panas.
Namanya pun musim panas, apa yang perlu dihairankan jika permintaan air terawat meningkat?
Yang pasti, keadaan ini tidak akan
berlaku sekiranya projek Langat 2 sudah terbina dan siap untuk
membekalkan air mentah dari Pahang!
Nampaknya, kata-kata dari “Menteri Besar
Rakyat” tidak lagi boleh dipercayai. Samada tidak kompeten, atau
sememangnya bijak berbohong kepada rakyatnya.
Siakap senohong gelama ikan duri, asyik berbohong penyokong pula berdiam diri…
-nblo-
No comments:
Post a Comment