Khalid Ibrahim terus-menerus menyakitkan hati Anwar Ibrahim dan PKR apabila
hari ini dia membatalkan tempahan dewan bagi Kongres Tahunan PKR 2014
yang dijadualkan bakal berlangsung pada 22 Ogos 2014 sehingga 24 Ogos
2014 nanti.
Selama ini,
kebanyakan aktiviti PKR di Selangor dibiayai secara peribadi oleh Khalid
Ibrahim. Bahkan PRK DUN Kajang turut dibiayai dengan menggunakan wang
peribadinya, sehingga mencetuskan kemarahan Anwar Ibrahim apabila Khalid
Ibrahim enggan menggunakan wang kerajaan negeri untuk aktiviti politik
PKR.
Khalid Ibrahim sudah banyak kali dikecam oleh para pemimpin PKR kerana bersikap kedekut terhadap parti walaupun Khalid Ibrahim mengambil pendekatan menggunakan wang peribadinya berbanding wang negeri. Anehnya, walaupun Khalid Ibrahim membiayai pelbagai kemudahan termasuklah pembelian bas mewah dan treler mewah untuk kempen PKR di seluruh Semenanjung, selain membiayai Kongres Tahunan PKR di Selangor, dia tetap juga dicemuh kerana kedekut.
Ironinya, kebanyakan yang mencemuh, sekadar menyumbang kepada parti dalam bentuk ceramah dan cakap-cakap dan ampu bodek seperti yang dilakukan oleh Ketua Wanita PKR merangkap Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin.
Sumber menyatakan, tindakan Khalid membatalkan tempahan dewan untuk Kongres Tahunan PKR yang berlangsung pada penghujung Ogos di Stadium Melawati dan Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam dibuat ekoran pemecatannya dari parti PKR.
Khalid ketika ditanya tentang kenyataan tersebut ketika ditemui di Pejabat Menteri Besar Selangor selepas mempengerusikan mesyuarat Exco, sekadar tersenyum tanpa berkata apa-apa.
Tindakan terbaru Khalid Ibrahim menambahkan lagi luka Anwar Ibrahim dan PKR yang sekarang ini sedang mencari tapak serta platform yang sesuai untuk membantai Khalid Ibrahim. Kalau selama ini mereka hidup senang lenang kerana penyaluran dana yang dibuat oleh Khalid Ibrahim atas kapasitinya selaku ahli parti, nampaknya kali ini, Anwar Ibrahim terpaksa mengerah para pemimpin PKR yang cukup pandai bercakap untuk mencari dana baru buat parti selepas pembiaya-pembiaya Zionis telah menghentikan bantuan kewangan kepada Anwar Ibrahim ekoran kegagalannya dalam pelbagai LANGKAH.-Tok Guru.

No comments:
Post a Comment