Tuesday, August 12, 2014

Kemelut MB Selangor Memasuki Episod Baru

hadiklid


Oleh MZN

Pemecatan semua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor oleh Tan Sri Khalid Ibrahim dari PKR dan DAP lewat petang tadi menyaksikan keberanian dan tindakan yang tidak dijangka oleh semua pihak termasuk Anwar Ibrahim dan sekutunya.


Dalam satu aspek lain, tindakan Khalid memecat semua Exco PKR dan DAP membuktikan bahawa adakah Khalid benar-benar mempunyai sokongan majoriti seperti dilaporkan kepada Tuanku Sultan semalam?

Kerajaan Negeri yang dipimpin Khalid ini dijangka bertahan sehingga 17 Ogos ataupun selewat-lewatnya 2 minggu dari sekarang dimana DYMM Tuanku Sultan Selangor dikhabarkan akan berangkat ke luar negara dan akan pulang dalam tempoh 2 minggu.

PAS yang dilihat masih bersama Khalid dijangka akan membuat keputusan baharu menjelang mesyuarat jawatankuasa PAS Pusat pada 17 Ogos nanti.Ada sumber yang memberitahu PAS akan membuat “turn back” dengan menyatakan sokongan kepada tindakan PKR yang mahu menukar Khalid sebagai Menteri Besar.

Menurut sumber, PAS difahamkan menuntut calon lelaki untuk mengantikan Wan Azizah serta meminta jawatan 5 jawatan Exco di Selangor.PKR pula dijangka bermesyuarat malam ini untuk menentukan calon sesuai mengantikan Wan Azizah ini selepas Istana tidak perkenan untuk Anwar Ibrahim menghadap Tuanku Sultan Selangor semalam.

Siapa calon tersebut? Antara individu yang disebut-sebut untuk mengantikan Wan Azizah ialah ADUN Kawasan Ijok, Dr Idris Ahmad. Turut tersenarai ialah Timbalan Presiden PKR Azmin Ali, walaubagaimanapun PAS dilihat lebih “mesra” bersama Dr Idris yang juga difahamkan Pengerusi PKR Wilayah.

ijok
ADUN Kawasan Ijok Dr Idris Ahmad

Rakyat Selangor rata-rata yang ditemui mahu krisis ini diselesaikan secepat mungkin bagi mengelakkan kemelut yang lebih panjang dan parah. Banyak lagi masalah yang perlu diselesaikan dan difokuskan oleh Kerajaan Negeri seperti Kes Denggi dan masalah air yang dilihat semakin meruncing ,jangan kerana berebut harta dan jawatan,rakyat Selangor terus menjadi mangsa keadaan.

No comments:

Post a Comment