Pengumuman...
Sunday, August 31, 2014
Perjuangan kemerdekaan belum berakhir
Kemerdekaan Negara yang kita nikmati ini adalah anugerah Allah yang wajib disyukuri dan wajib dipelihara dengan penuh rasa cemburu. Cemburu dengan usaha-usaha gigih pihak yang tidak suka Islam mewarnai kehidupan individu, berkeluarga, bermasyarakat dan bernegara.
Perjuangan kemerdekaan sebenarnya tidak berakhir dengan mengenyahkan penjajah dari bumi pertiwi. Negara masih belum cukup aman dari bahaya penjajahan. Sementara usaha membangun semula, memulihkan dari kerosakan-kerosakan yang berlanjutan beratus tahun selama era penjajahan belum diselesaikan secara tuntas.
Kini kita dihadapkan pula dengan jebakan penjajahan bentuk baru : penjajahan budaya, penjajahan ekonomi, dominasi, globalisasi dan fahaman-fahaman yang sekilas seperti membawa kemajuan, namun telah meminggirkan fungsi Allah dalam mengatur kehidupan seperti liberalism, pluralism dan anti syariah.
Kita sebagai umat Islam sudah kehabisan masa untuk terus membazirkan kekuatan-kekuatan yang masih tersisa ini seperti peluang dari sudut peruntukan undang-undang , kekuatan politik yang masih di tangan umat Islam, kekuatan bilangan majority penduduk Negara ini tersedut habis ke dalam silang sengketa perebutan kuasa dan harta. Menang sorak kampung tergadai.
Sebaliknya marilah kita seluruh umat Islam bersepakat meletakkan Islam mengatasi kepentingan lain sebagai pengisian utama kemerdekaan Negara agar kemerdekaan Negara benar-benar kemerdekaan yang hakiki iaitu apabila kita dapat menjalankan syariat dan hokum hakam Allah dalam kehidupan kita.
Sohibul Fadhilah Ust Zamri Hashim
Timbalan Mufti Perak
Ahli Tertinggi Majlis Ulama ISMA (MUIS)
Admin: Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 57.. Merdekakan hati daripada nafsu dan Merdekakan minda dari pengaruh Barat & K-Pop ;)
Labels:
ARTIKEL
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment