Menurut sumber yang rapat dengan
Pejabat Khalid Ibrahim, beberapa orang ADUN BN sudah mula mengorak
langkah untuk menubuhkan “Kerajaan Perpaduan Melayu” di Selangor.
Ekoran sikap lantang DAP yang menyerang Khalid kerana isu Bible dan isu
isu yang berkaitan agama Islam maka ada beberapa ADUN sudah mula
memikirkan langkah untuk bersatu demi agama Islam.
Khalid Ibrahim dikatakan berunding secara senyap dengan beberapa
orang ADUN PAS dan beberapa orang ADUN PKR yang tidak lagi setuju dengan
sikap kuku besi Anwar Ibrahim.
Ada ADUN PKR yang berbangsa Melayu tidak lagi berasa senang dengan
campur tangan berlebihan DAP dalam menyingkirkan Khalid sebagai ahli
PKR. Mereka tidak lagi pandang wang dan ugutan sebagai cara
penyelesaian. Mereka takut nasib yang akan terjadi kepada orang Melayu
Selangor jika Wan Azizah naik sebagai MB Selangor.
Wan Azizah disifatkan sebagai seorang yang lembik dan boleh dibuli
oleh DAP. Anwar sudah dipenjara, oleh itu apa lagi yang Wan Azizah boleh
buat? Siapa yang nasihat Wan Azizah? Sudah tentulah orang itu adalah
Kit Siang.
Mereka berpendapat bahawa DAP juga boleh buat perkara yang sama untuk
menjatuhkan Wan Azizah di Selangor suatu hari nanti. Perkara itu boleh
berlaku dan akan berulang kembali kepada Wan Azizah. Lagipun Wan Azizah
bertanding di kerusi yang majoritinya pengundi Cina.
Keputusan besar dijangka dicapai dalam mesyuarat khas Majlis Dewan
Diraja Selangor yang sedang berlangsung di Istana Alam Shah, Klang hari
ini. Apakah akan ada satu berita baik untuk orang Melayu di Selangor
hari ini?
No comments:
Post a Comment