Thursday, August 28, 2014

Sempena Genjatan Senjata di Gaza



Ahli Biro Politik HAMAS, Izzat Al-Risyq berkata:

1. Israel tidak mencapai apa-apa kejayaan dalam operasi ketenteraan mereka selama 51 hari ini melainkan satu jenayah perang ke atas penduduk awam yang kebanyakannya ialah kanak-kanak, wanita dan warga emas.

2. Musuh tidak berjaya mencapai apa-apa objektif yang mereka telah nyatakan pada awal peperangan, sebaliknya pejuang Gaza telah berjaya dalam operasi bertahan, menggegarkan kawasan mereka dan melakukan satu pukulan yang kuat ke atas mereka.

3. Zionis adalah pihak yang memulakan peperangan ini, tetapi pejuang mampu bertahan dan di belakang mereka ialah rakyat Palestin yang mempertahankan diri mereka dengan apa cara sekali pun.

4. Gencatan senjata tidak bermakna kami akan mengurangkan tuntutan rakyat kami dengan apa jua situasi, bahkan peperangan ini ialah satu bentuk perpaduan antara rakyat kami dan juga para pejuang. Kerjasama ini akan berterusan sehinggalah kami berjaya mencapai seluruh tuntutan kami.

5. Di sebalik kesakitan dan pengorbanan, peperangan ini melambangkan satu roh semangat yang ditunjukkan oleh rakyat kami dan menunjukkan ketabahan yang telah dibina bersama para pejuang. Inilah rahsia strategi yang mampu mengalahkan penjajah Zionis dan mencapai kebebasan dan kepulangan kami ke tanah Palestin yang sedang dijajah oleh mereka.

6. Apa yang telah berlaku dalam peperangan pada kali ini akan menjadi satu batu asas ke arah melengkapkan perjuangan kami mendapatkan hak-hak rakyat kami secara keseluruhan tanpa ada sebarang pengurangan.

7. Kami mempunyai kemampuan dan faktor-faktor kekuatan moral dan ketenteraan yang mampu menyebabkan kami berterusan berusaha mendapatkan kembali hak-hak rakyat kami yang dirampas oleh Zionis.

8. Kami akan sentiasa menjadi pelindung kepada anak watan dan rakyat kami serta hak-hak yang sepatutnya. Kami akan berterusan meneruskan kebangkitan ini sehinggalah kami berjaya mencapai kejayaan.

No comments:

Post a Comment