Menurut sumber yang rapat dengan
Pejabat Khalid Ibrahim, beberapa orang ADUN BN sudah mula mengorak
langkah untuk menubuhkan “Kerajaan Perpaduan Melayu” di Selangor.
Ekoran sikap lantang DAP yang menyerang Khalid kerana isu Bible dan isu
isu yang berkaitan agama Islam maka ada beberapa ADUN sudah mula
memikirkan langkah untuk bersatu demi agama Islam.
Pengumuman...
Sunday, August 31, 2014
Malaysia, Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta
MALAYSIA;
Di sini lahirnya sebuah cinta.
Cinta teragung pada negara
Tak terucap oleh kata-kata
Marilah kita bersatu segera
Badan dan nyawa jadi senjata.
Perjuangan kemerdekaan belum berakhir
Kemerdekaan Negara yang kita nikmati ini adalah anugerah Allah yang wajib disyukuri dan wajib dipelihara dengan penuh rasa cemburu. Cemburu dengan usaha-usaha gigih pihak yang tidak suka Islam mewarnai kehidupan individu, berkeluarga, bermasyarakat dan bernegara.
Di sini lahirnya sebuah cinta
SEKADAR RENUNGAN.
Menghayati makna sebuah lagu mestilah dengan ilmu dan kefahaman yang mendalam. Tanpa ilmu sejarah dan kefahaman lagu akan hanya tinggal lagu jika tidak dihayati dan difahami betul-betul. Lagu juga ada kaitan dengan sejarah. Begitulah tema Hari Kebangsaan ke-57 kali ini. “Malaysia; Di sini lahirnya sebuah cinta.” Ada rasa cinta yang mendalam.
Majlis Penyerahan Wang Pendahuluan PTPTN 2014
Majlis penyerahan wang pendahuluan PTPTN anjuran bersama UMNO Bahagian Kelana Jaya selaku tuan rumah, UMNO Bahagian Shah Alam dan UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan. Majlis telah diadakan pada 26 Ogos di Kompleks Kastam Kelana Jaya. Majlis dirasmikan oleh YB. Datuk Seri Noh Bin Hj. Omar, Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Selangor. Tahniah diucapkan kepada mahasiswa-mahasiswa yang menjejakkan kaki ke menara gading. Selamat Maju Jaya dari kami, UMNO Bahagian Kelana Jaya.
Album Genjatan Senjata setelah Peperangan 51 Hari Gaza
Inilah erti kemerdekaan bagi penduduk Gaza & Palestin yang telah berjuang menentang tentera Zionis. Melalui peperangan ini, rakyat seluruh dunia telah bersatu hati memboikot produk-produk Israel. Rakyat seluruh dunia bersatu hati mengeji Israel. Akhirnya setelah berperang selama 51 hari, rakyat Palestin menyambut Aidilfitri yang sebelum ini tidak terdaya menyambutnya. Inilah semangat kental rakyat Palestin. Semoga kejayaan ini berkekalan. Al-Fatihah kepada para syuhada yang syahid.
Thursday, August 28, 2014
Sempena Genjatan Senjata di Gaza
Ahli Biro Politik HAMAS, Izzat Al-Risyq berkata:
1. Israel tidak mencapai apa-apa kejayaan dalam operasi ketenteraan mereka selama 51 hari ini melainkan satu jenayah perang ke atas penduduk awam yang kebanyakannya ialah kanak-kanak, wanita dan warga emas.
KRONOLOGI KRISIS POLITIK DI SELANGOR
Krisis perebutan kerusi Menteri Besar Selangor tercetus dengan 'Langkah Kajang' yang dimulakan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang Mac lepas, bertujuan menjadikan Ketua Umum parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai menteri besar Selangor yang baharu.
27 JANUARI: Wakil rakyat PKR Lee Chin Cheh meletak jawatan sebagai anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Kajang bagi memberi laluan kepada Anwar bertanding pada PRK kawasan itu.
27 JANUARI: Wakil rakyat PKR Lee Chin Cheh meletak jawatan sebagai anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Kajang bagi memberi laluan kepada Anwar bertanding pada PRK kawasan itu.
Rumah Tebuka Datuk Seri Datuk FD Iskandar
UMNO Bahagian Kelana Jaya meluangkan masa memenuhi undangan Rumah Terbuka Datuk Seri Datuk FD Iskandar yang juga merupakan Pengerusi Tetap UMNO Bahagian Kelana Jaya. Majlis diadakan di kediaman beliau pada 24 Ogos 2014. Majlis turut diserikan dengan bacaan Doa Selamat sempena anak beliau melanjutkan pelajaran ke luar negara.
Warga UMNO Bahagian Kelana Jaya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan selamat maju jaya kepada anak Datuk Seri. Terima Kasih atas layanan Datuk Seri & Keluarga
Hari Kesihatan, Desa Mentari Blok 2
Pada 24 Ogos yang lepas telah berlangsungnya Hari Kesihatan di Desa Mentari Blok 2. Antara prograam yang diadakan ialah pemeriksaan kesihatan secara percuma kepada penduduk-penduduk di sekitar Blok 2, Desa Mentari.
UMNO Bahagian Kelana Jaya berharap agar warga komuniti di sekitar Parlimen Kelana Jaya menjaga kesihatan dan kekal sihat.
-Amalkan Gaya Hidup Sihat!-
Undangan Majlis Perkahwinan Anak-anak Fuad Tukiman
Di dalam kesibukan menghadiriRumah Terbuka, warga UMNObahagian Kelana Jaya sempat memenuhi undangan Majlis Perkahwinan anak-anak Fuad Tukiman, OTAI UMNO Bahagian Kelana Jaya. Saudara Fuad Tukiman mengahwinkan ketiga-tiga anak lelakinya serentak di Dewan Serbaguna Kompleks Kastam, Kelana Jaya. Majlis berlangsung pada 24 Ogos 2014.
Ramai OTAI-OTAI UMNO Bahagian Kelana Jaya hadir ke majlis tersebut. Semoga ikatan silaturahim antara OTAI-OTAI ini terus berkelalan ke generasi seterusnya.
Terima Kasih kepada saudara Fuad Tukiman dan keluarga di atas jemputan dan layanan yang diberikan. Kami doakan pasangan pengantin terus kekal bahagia ke anak cucu
Memenuhi Undangan Perkahwinan anak Zali Khemah
Terima kasih diucapkan kepada Zali Khemah dan keluarga di atas jemputan walimatulurus anak beliau yang berlangsung di Kg. Lindungan. Majlis telah diadkan pada 24 Ogos 2014. Taniah kepada pasangan pengantin baru.
Wednesday, August 27, 2014
Sumbangan kepada bakal Haji
Sempena musim Haji yang bakal mengunjung tiba, satu acara kecil-kecilan bagi memberi sumbangan kepada bakal haji diadakan pada Majlis Sambutan Aidilfitri UMNO bahagian Kelana Jaya.
Semoga bakal-bakal Haji mendapat Haji Mabrur dan selamat pergi dan selamat kembali ke tanah air
Merdeka Raya UMNO Bahagian Kelana Jaya.. "Disini Lahirnya Sebuah Cinta"
Majlis Sambutan Rumah Terbuka UMNO Bahagian Kelana Jaya yang turut diadakan dalam bulan Kemerdekaan diserikan dengan sambutan Ambang Kemerdekaan. Nyanyian lagu-lagu Patriotik dan deklamasi sajak-sajak Kemerdekaan menjadi aktiviti utama sambutan Ambang Kemerdekaan.
Marilah kita Rakyat Malaysia menanamkan sifat-sifat Patriotisme terhadap negara di dalam diri kita.
-DISINI LAHIRNYA SEBUAH CINTA-
Perlancaran Tabung Gaza Palestin
Perlancaran kutipan derma Tabung Gaza, Palestin turut diadakan pada Sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri UMNO Bahagian Kelana Jaya. Sebanyak RM3,666.00 berjaya dikutip pada majlis tersebut dan diberikan kepada Persatuan Aman Palestin Berhad.
Terima kasih kami ucapkan kepada mereka yang menghulurkan sumbangan. Juga terima kasih kepada para hadirin yang menjayakan Sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri. Sama-samalah kita mendoakan keselamatan umat Islam di Palestin, Syria, SelatanThailand dan di seluruh pelusuk dunia termasuk Malaysia.
Warna-warni Aidilfitri UMNO bahagian Kelana Jaya 1435H
Keseronokan dan keceriaan terpancar di setiap wajah para hadirin di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran UMNO Bahagian Kelana Jaya. Majlis yang diadakan pada 24 Ogos lepas bertempat di perkarangan Pejabat UMNO bahagian Kelana Jaya dihadiri oleh warga UMNO Bahagian, wakil dari Parti Komponen BN dan wakil-wakil dari UMNO bahagian serta UMNO Selangor, NGO-NGO dan penduduk setempat.
Terima kasih kami ucapkan kepada para hadirin yang bersama-sama kami memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 1435H ini. Semoga jalinan silaturahim ini terus berkekalan. Sehingga kita bertemu di Aidilfitri tahun hadapan.
Rumah Terbuka Aidilfitri Zuhri Othman
UMNO Bahagian Kelana Jaya serta Ajk UMNO Bahagian Kelana Jaya berbesar hati memenuhi undangan Rumah Terbuka Aidilfitri Bendahari Pemuda UMNO Bahagian Kelana Jaya, Saudara Zuhri Othman ... Terima Kasih di atas layanan yang diberikan
Rumah Terbuka Persatuan Penjaja Kiosk Angsana & Community Policing
Ybhg Datuk Haji Yusoff HM Haniff , Ketua UMNO Bahagian Kelana Jaya bersama Ajk UMNO Bahagian Kelana Jaya di Majlis Rumah Terbuka Sempena Aidilfitri Anjuran Persatuan Penjaja Kiosk Angsana dan Community Policing
Rumah Terbuka Aidilfitri IPD USJ8
UMNO Bahagian Kelana Jaya memenuhi jemputan Majlis Rumah Terbuka anjuran IPD USJ8, Subang Jaya pada 23 Ogos 2014.
Terima Kasih di atas jemputan. Semoga ikatan uthwah ini terus terjalin
Perasmian Mesyuarat Agong Tahunan ke-2 PERKOBF
Ybhg Datuk Haji Yusoff HM Haniff, Pegawai Khas Kepada Timbalan Perdana Menteri Malaysia Merasmikan Mesyuarat Agong Tahunan Kali ke 2 PERKOBF Malaysia Cawangan Negeri Selangor.
Persatuan Kontraktor Bumiputera Kelas F Malaysia
Persatuan Kontraktor Bumiputera Kelas F Malaysia
Tuesday, August 26, 2014
Khalid digesa permudah peralihan kuasa
SHAH ALAM - Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim digesa memudahkan proses
peralihan kuasa jawatan Menteri Besar Selangor dan mengembalikannya
kepada PR untuk meredakan kemarahan rakyat terhadapnya.
Timbalan Speaker Dun Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad menegaskan, Abdul Khalid ketika menghadap sembah Sultan Selangor petang ini perlu menasihatkan Tuanku supaya menyerahkan jawatan itu kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang mendapat sokongan majoriti Adun.
Timbalan Speaker Dun Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad menegaskan, Abdul Khalid ketika menghadap sembah Sultan Selangor petang ini perlu menasihatkan Tuanku supaya menyerahkan jawatan itu kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang mendapat sokongan majoriti Adun.
Kembalikan Hak Rakyat Selangor
BLOG ZULKIFLI NOORDIN - Asas kepada prinsip demokrasi ialah hak rakyat
menentukan pihak mana yang wajar membentuk kerajaan dan mengetuai
kerjaan itu untuk mentadbir dan mengurus hal ehwal, kebajikan dan
menjaga kepentingan rakyat.
Kenyataan Akhbar Istana Bukit Kayangan Berhubung Menteri Besar Selangor
Sultan
Selangor menangguhkan perletakan jawatan TS Khalid Ibrahim sehinggga
Menteri Besar Selangor yang baru dipilih. Baginda Sultan Selangor
juga meminta pemimpin parti PKR, DAP dan PAS mengemukakan lebih dari dua
nama dari parti masing-masing untuk Baginda memilih calon Menteri Besar
yang baru.
Apakah peranan Sultan dalam kemelut Menteri Besar Selangor?
Kemelut jawatan Menteri Besar di Selangor mempunyai impak mendalam
kepada pemahaman dan perkembangan undang-undang Perlembagaan. Persoalan
undang-undang Perlembagaan yang mempunyai jalur persoalan sama telah
berlaku di Perak dahulu dan ia telah selesai dengan keputusan mahkamah.
Peristiwa sebegini sudah tentu memberikan kita peluang untuk mengenali
‘diri’ dan negeri, serta seterusnya negara kita dalam konteks
perundangan; supaya kita lebih mengenali dan dapat menentukan prinsip
amalan demokrasi berparlimen, raja berperlembagaan dan seterusnya
demokrasi beraja kita.
Monday, August 25, 2014
Al-Fatihah: Hilangnya sebutir permata UMNO Bahagian Kelana Jaya, Allahyarham Mat Rapi
Pada 22 Ogos yang lalu, warga UMNO Bahagian Kelana Jaya telah dikejutkan dengan berita perginya saudara Mat Rapi menemui penciptanya. Allahyarham merupakan seorang yang aktif di dalam Pergerakan UMNO Bahagian Kelana Jaya. Al-Fatihah
Majlis Bacaan Yassin, Tahlil Arwah & Doa Selamat
Majlis Bacaan Yassin, Tahlil Arwah & Doa Selamat khas untuk ahli keluarga rakan-rakan UMNO Bahagian Kelana Jaya serta semua yang telah kembali ke Rahmatullah, MH370 & MH17 serta Doa Selamat utk Negara Kita Malaysia bersempena Hari Kemerdekaan ke-57 "Disini Lahirnya sebuah CINTA". Majlis telah diadakan pada hari Kahmis, 21 Ogos 2014 bertempat di Surau Al-Akidah, Jalan SS7/28, Kelana Jaya.
Terima kasih kepada semua Muslimin dan Muslimat yang hadir. Semoga roh-roh para sahabat dan umat Islam sekelian dicucuri rahmat-Nya dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
Serta tahniah buat negara Malaysia yang bakal menyambut ulangtahun kemerdekaan yang ke-57 tahun.
Sunday, August 24, 2014
Gambar Rasmi Hari Berkabung MH17 Malaysia 22 Ogos 2014
Gambar
rasmi sekitar hari berkabung Malaysia bagi menghormati tragedi MH17
pada 22 Ogos 2014. Pada Jumaat, seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira
agama dan bangsa telah bersatu hati menyertai istiadat penghormatan
terakhir 20 jenazah kumpulan pertama warga Malaysia yang selamat tiba di
KLIA dari Amsterdam pada pukul 10.15 pagi. Suasana hari berkabung
negara begitu pilu dengan kehadiran waris mangsa serta orang awam yang
turut serta memberi perhormatan terakhir jenazah nahas MH17.Pada masa
yang sama, seluruh rakyat juga telah bertafakur selama 1 minit yang
diumumkan menerusi saluran radio dan televisyen. Terdahulu, pesawat MH17
bersama 298 penumpang maut akibat ditembak jatuh di Sempadan Ukraine
pada 17 Julai 2014 yang lalu. Untuk info, jenazah kumpulan kedua nahas
MH17 akan tiba di KLIA pada ahad 24 Ogos 2014.
List of Defamation Court Cases LOST by Pakatan Rakyat leaders since GE13
1) 21 Aug 2014
PKR VP and MP for Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar loses case for slandering her election opponent, Raja Nong Chik for corruption just 1 day before GE13. Nurul had been charged with paying RM10 million by Raja Nong Chik
Nurul Izzah reads out public apology in court and expresses regret.
http://www.malaysiakini.com/news/272326
PKR VP and MP for Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar loses case for slandering her election opponent, Raja Nong Chik for corruption just 1 day before GE13. Nurul had been charged with paying RM10 million by Raja Nong Chik
Nurul Izzah reads out public apology in court and expresses regret.
http://www.malaysiakini.com/news/272326
PAS Terengganu Bidas PKR : 'Jangan Jadikan Kami Kambing Hitam'
KUALA TERENGGANU 24 Ogos - Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu hari ini mengingatkan PKR supaya tidak menjadikan pihaknya sebagai kambing hitam ekoran kekalahan PKR di beberapa kerusi dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13).
Hari Potensi Kanak Kanak Tabika Kemas Daerah Petaling 2014
Hari Potensi Kanak-kanak Tabika KEMAS Daerah Petaling 2014 diadakan di Dewan Serbaguna KASTAM, Kelana Jaya. Majlis dirasmikan oleh Ketua UMNO Bahagian Kelana Jaya, Datuk Hj Yusoff HM Haniff pada 20 Ogos 2014.
Pelbagai potensi kanak-kanak prasekolah yang telah ditonjolkan. Antaranya, Tilawah Al-Quran, berpidato dan hasil kraftangan.
UMNO Bahagian Kelana Jaya ingin merakamkan jutaan terima kasih di atas layanan yang diberikan. Semoga kanak-kanak ini terus sukses!
Sunday, August 17, 2014
Rumah Terbuka PJS 4
UMNO Bahagian Kelana Jaya memenuhi jemputan Rumah Terbuka PJS 4 yang dianjurkan oleh keluarga Norazura Abdul Rahman, AJK Puteri UMNO bahagian Kelana Jaya. Terima Kasih di atas jemputan dan layanan yang diberikan
Rumah Terbuka Datuk Rozzana
UMNO Bahagian Kelana Jaya memenuhi jemputan Rumah Terbuka Aidilfitri Datuk Rozzana sekeluarga di kediaman mereka yang terletak di SS3, Kelana Jaya. Terima Kasih diucapkan kepada Datuk sekeluarga
Rumah Terbuka Aidilfitri Naib Ketua Puteri UMNO Bahagian Kelana Jaya
Pada 15 Ogos yang lepas, UMNO Bahagian Kelana Jaya telah memenuhi jemputan Rumah Terbuka anjuran Naib Ketua Puteri UMNO Bahagian Kelana Jaya, Saudara Hanisha Izaireen. Terima kasih di atas jemputan dan layanan yang diberikan
Mesyuarat AJK UMNO Bahagian Kelana Jaya Bil. 8
Mesyuarat Ahli jawatankuasa UMNO Bahagian Kelana Jaya Bil. 8 telah diadakan pada 15 Ogos 2014 yang lepas. Setelah selesai bermesyuarat, Datuk Abdul Halim Samad (Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kelana Jaya) telah dikejutkan dengan sambutan ringkas Hari Lahir beliau.
Selamat Hari Lahir, Datuk Abdul Halim Samad. Semoga Datuk terus berjuang dan berbakti kepada Nusa dan Bangsa di bawah UMNO
Majlis Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum 2014 Sek. Men. Keb. Seafield
YBHG DATUK HAJI YUSUFF H.M. HANIFF ,PEGAWAI KHAS KEPADA MENTERI PELAJARAN Y.A.B TIMBALAN PERDANA MENTERI TELAH BERBESAR HATI MERASMIKAN MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANG KOKURIKULUM 2014 SEK. MEN. KEB. SEAFIELD USJ 2, SUBANG JAYA.
Mesyuarat Perwakilan Wanita UMNO Bahagian Kelana Jaya 2014
Sayap Wanita UMNO Bahagian Kelana Jaya sangat proaktif. Mereka sentiasa bersemangat waja. Tahniah diucapkan kepada warga Wanita UMNO Bahagian Kelana Jaya yang mendahului Pemuda dan Puteri dalam mengadakan mesyuarat Perwakilan tahun 2014. Mesyuarat dirasmikan oleh Tan Sri Rafidah Aziz dan dihadiri oleh Ketua UMNO Bahagian (Datuk Yusoff HM Haniff), Naib Ketua UMNO Bahagian (Hj Abu Hasan Ashaari) dan AJKBahagian serta pemerhati-pemerhati. Mesyuarat telah diadakan dengan jayanya pada hari Rabu, 13 Ogos 2014 bertempat di Kelan Golf Negara Subang.
Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Puchong 2014
Terlebih dahulu admin ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada UMNO Bahagian Puchong di atas kejayaan mengadakan Mesyuarat Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri. Terima kasih juga kerana menjemput Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kelana Jaya sebagai wakil UMNO Selangor dan warga Pemuda UMNO Kelana Jaya sebagai pemerhati. Mesyuarat kali ke-11 ini diadakan di Palm Garden Hotel, IOI Resort.
Mesyuarat Pelarasan Sambutan Aidilfitri
Mesyuarat Pelarasan Sambutan Aidilfitri UMNO Bahagaian Kelana Jaya pada 12 Ogos yang lepas. Mesyuarat memfokus kepada program Hari Raya dan beberapa program di masa akan datang
Takziah kepada Ahmad Sabki sekeluarga
Dalam keseronokan menyambut Aidilfitri dan beraya sakan, warga UMNO Bahagian Kelana Jaya dikejutkan dengan kematian Puan Noraida Ahmad, isteri kepada Ketua Penerangan UMNO Bahagian Kelana Jaya, Saudara Ahmad Sabki pada 8 Ogos 2014. Jenazah dimandikan serta disembahyangkan di Surau Norhidayah, Kg. Lindungan dan dikebumikan di kampungnya di Negeri Sembilan. Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat-Nya dan dtempatkan di kalangan hamba-Nya yang soleh.
Takziah diucapkan kepada Ahmad Sabki sekeluarga.
Rumah Terbuka Aidilfitri Noh Omar
Warga UMNO Bahagian Kelana Jaya telah berbesar hati memenuhi jemputan Rumah Terbuka Aidilfitri Datuk Deri Noh Omar dan Isteri Prof. Datin Seri Dr Aishah Salleh di Pusat Konvensyen Shah Alam. Majlis diadakan pada hari Khamis, 7 Ogos 2014 antara jam 6 petang hingga 11 malam. Majlis diserikan dengan kehadiran Y.Bhg Tan Sri Muhyidin Yassin. Terima kasih kami ucapkan kepada Datuk Seri dan keluarga di atas layanan yang diberikan.
Wednesday, August 13, 2014
TERKINI... KHALID IBRAHIM Batalkan Tempahan Stadium Melawati Untuk Konvensyen Nasional PKR!
Khalid Ibrahim terus-menerus menyakitkan hati Anwar Ibrahim dan PKR apabila
hari ini dia membatalkan tempahan dewan bagi Kongres Tahunan PKR 2014
yang dijadualkan bakal berlangsung pada 22 Ogos 2014 sehingga 24 Ogos
2014 nanti.
Selama ini,
kebanyakan aktiviti PKR di Selangor dibiayai secara peribadi oleh Khalid
Ibrahim. Bahkan PRK DUN Kajang turut dibiayai dengan menggunakan wang
peribadinya, sehingga mencetuskan kemarahan Anwar Ibrahim apabila Khalid
Ibrahim enggan menggunakan wang kerajaan negeri untuk aktiviti politik
PKR.
Tuesday, August 12, 2014
LIVE UPDATE: Krisis MB Selangor – Suasana Mesyuarat EXCO Selangor
Berikut merupakan liputan semasa ‘drama’
pada hari ini setelah Pemecatan 6 Ahli EXCO daripada PKR dan DAP Oleh MB
semalam dan Arahan khas daripada Pakatan Rakyat yang telah mengadakan
mesyuarat tergempar malam tadi agar Exco PAS memboikot mesyuarat bersama
Menteri Besar pada pagi ini.
Kerajaan Selangor Kini Milik PAS
BLOG ZULKIFLI NOORDIN - Allah
hu Akbar, Allah hu Akbar, Allahu hu Akbar!!! Allah Maha Besar, Allah
Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Yang Maha Besar dengan kebesaranNya,
Kepujian bagi Allah sebanyak-banyaknya, Maha Suci Allah pagi dan
petang, Tiada Tuhan melainkan Allah, tidak kami sembah melainkan Allah,
Dengan tulus ikhlas kami beragama Islam keranaNya, Sekali pun dibenci
oleh kafirun, musyrikun dan munafikun!
Surat Dari Istana Selangor Menolak Wan Azizah Untuk Mengadap, 6 EXCO DAP & PKR Dipecat!!!
Kemelut MB Selangor Memasuki Episod Baru
Oleh MZN
Pemecatan semua Ahli Majlis Mesyuarat
Kerajaan Negeri Selangor oleh Tan Sri Khalid Ibrahim dari PKR dan DAP
lewat petang tadi menyaksikan keberanian dan tindakan yang tidak
dijangka oleh semua pihak termasuk Anwar Ibrahim dan sekutunya.
Khalid Pecat Exco PKR, DAP
SHAH ALAM: Tan
Sri Abdul Khalid Ibrahim telah menghantar surat kepada Sultan Selangor
bagi memohon perkenan memecat tiga exco DAP dan tiga exco Parti Keadilan
Rakyat (PKR) kerana membuat gagasan mengehadkan kuasa beliau sebagai
menteri besar.
Monday, August 11, 2014
Krisis makin meruncing, ada ADUN mahu sertai Abdul Khalid?
Belum pun sehari selepas Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah memberi perkenan agar Abdul Khalid mengekalkan tugas sebagai MB, difahamkan tiga ADUN PKR sudah hilang kepercayaan kepada pucuk pimpinan, terutama terhadap Ketua Umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Tuesday, August 5, 2014
Senarai Produk Israel/USA
Berikut adalah senarai Syarikat dan produk mereka serta sumbangan mereka ke rejim Zionis dan Amerika:
Subscribe to:
Posts (Atom)