Pengumuman...
Showing posts with label MH17. Show all posts
Showing posts with label MH17. Show all posts
Friday, September 19, 2014
Penderma Tak Dikenali Tawar AS$30 Juta Kepada Sesiapa Dedahkan Dalang Tragedi MH17
Sunday, August 24, 2014
Gambar Rasmi Hari Berkabung MH17 Malaysia 22 Ogos 2014
Gambar
rasmi sekitar hari berkabung Malaysia bagi menghormati tragedi MH17
pada 22 Ogos 2014. Pada Jumaat, seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira
agama dan bangsa telah bersatu hati menyertai istiadat penghormatan
terakhir 20 jenazah kumpulan pertama warga Malaysia yang selamat tiba di
KLIA dari Amsterdam pada pukul 10.15 pagi. Suasana hari berkabung
negara begitu pilu dengan kehadiran waris mangsa serta orang awam yang
turut serta memberi perhormatan terakhir jenazah nahas MH17.Pada masa
yang sama, seluruh rakyat juga telah bertafakur selama 1 minit yang
diumumkan menerusi saluran radio dan televisyen. Terdahulu, pesawat MH17
bersama 298 penumpang maut akibat ditembak jatuh di Sempadan Ukraine
pada 17 Julai 2014 yang lalu. Untuk info, jenazah kumpulan kedua nahas
MH17 akan tiba di KLIA pada ahad 24 Ogos 2014.

Thursday, July 24, 2014
MH17: Tiada Wang Tebusan Dibayar Dalam Rundingan Dengan Kumpulan Pemisah
KIEV: Tiada
wang tebusan atau sebarang bayaran lain dibayar sepanjang rundingan
tiga hari antara pasukan penyiasatan khas Malaysia dengan kumpulan
pemisah, Republik Rakyat Donetsk, bagi mengambil mayat mangsa tragedi
pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 dan dua kotak hitam yang
mengandungi alat-alat perakam data dan suara pesawat berkenaan.
Ketua Penolong Setiausaha
Majlis Keselamatan Negara (MKN), Lt Kol Mohd Sukri Hussain, yang juga
pemerintah pasukan perunding Malaysia, berkata dalam rundingan itu,
ketua kumpulan pemisah Alexander Borodai tidak meminta apa-apa sebagai
balasan dan hanya meminta Malaysia menjalankan siasatan.
“Beliau hanya mahu Malaysia
mencari jawapan tentang apa sebenarnya yang berlaku terhadap pesawat
itu,” katanya kepada pemberita di sini, Rabu.
Beliau berkata, kerajaan
Ukraine juga memberi bantuan kepada pasukan perunding Malaysia untuk
memastikan mereka dapat berjumpa dengan ketua kumpulan pemisah itu.
Pesawat MAS itu, yang dalam
penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, terhempas di Donetsk, timur
Ukraine, berhampiran sempadan Rusia pada Khamis malam.
-Suaragenerasibaru-
-Suaragenerasibaru-
PBB kena siasat Rafizi Ramli & Pakatan!!!
Heh! Kalau
Si Rafizi tu boleh buat tuduhan sedemikian dalam laman media sosial
twitter milik dia terhadap Kerajaan Malaysia, tak salah kalau kita buat
benda yang sama.
Tanpa perlu
tampil dengan sebarang bukti yang kukuh terhadap dakwaan yang dibuat,
sesuka hati dia je nak buat cerita kononnya Kerajaan Malaysia 'Beli'
kotak hitam MH17 tu.
Wednesday, July 23, 2014
MH17: Kapten MAS Bersuara, Sangkal Pihak Salahkan MAS
Mungkin
ramai yang tidak mengenali nama "Ahmad Fariz Mokhtar". Namun bagi
mereka yang terlibat dalam industri penerbangan negara, khususnya warga
juruterbang Malaysia Airlines (MAS), mungkin mengenali individu ini.
Ahmad Fariz merupakan seorang kapten yang menjadi salah seorang juruterbang MAS.
Mungkin
tidak tahan lagi dengan teori-teori karut dan ulasan-ulasan tidak masuk
akal dari sesetengah pihak yang "buta" namun cuba "tunjuk pandai"
mengulas tentang tragedi MH17, Ahmad Fariz terpanggil untuk menulis
sesuatu di akaun laman Facebook miliknya.
#MH17: [BARUA ZIONIS?], Pakatan selar Rusia sebagai punca tragedi malang MH17
Aduhai, terkejut admin baca kenyataan ni. Betul ker Rusia dalang kes MH17? Apa pun, admin ucapkan syabas kepada kerajaan Malaysia yang mengambil langkah tepat dengan tidak menuduh mana-mana pihak. Tak seperti Pakatan yang menunding jari ke Rusia. Atas dasar apa Rusia dituduh? Admin nantikan jawapan ini dari Pakatan
Tuesday, July 22, 2014
MH17: Pakar forensik Belanda periksa lebih 200 mayat
Setiap daripada lebih 200 mayat itu diperiksa oleh dua lelaki yang memakai penutup hidung dan mulut dengan menggunakan lampu suluh.
“Saya rasa penyimpanan mayat ini adalah baik," kata Peter Van
Vliet, pakar forensik yang mengetuai pasukan Belanda itu selepas selesai
memeriksa mayat mangsa.
Pakar berkenaan, bercakap sambil diperhatikan 50 pemberontak bersenjata, berkata pasukan beliau akan ke lokasi utama pesawat itu terhempas, kira-kira 15 kilometer dari situ.
Pasukan penyiasat itu diiring pasukan pemerhati antarabangsa dari Pertubuhan Keselamatan dan Kerjasama Eropah (OSCE) yang sudah melawat kawasan berkenaan sebelum ini.
Di Belanda, Perdana Menteri Mark Rutte berkata keutamaan sekarang ialah membawa mayat berkenaan ke wilayah yang dikuasai Kiev.
“Matlamat pertama ialah untuk membawa kereta api itu keluar ke wilayah yang dikuasai Ukraine, seperti Kharkiv,” kata Rutte merujuk kepada bandaraya utama yang dikuasai Kiev. - AFP
Pemisah Ukraine serah dua kotak hitam MH17 kepada Malaysia. - ABC News
Gencatan senjata di zon 10 kilometer sekeliling itu bagi membolehkan pasukan penyiasat antarabangsa masuk dengan selamat ke lokasi nahas MH17 di timur Ukraine.
Kereta api bawa mayat mangsa MH17 ditahan
TOREZ, Ukraine 21 Julai- Kereta api yang membawa 200 mayat mangsa nahas
pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 disyaki ditahan oleh kumpulan
pemisah pro-Rusia di sini, menurut kenyataan kerajaan Ukraine hari ini.
Kereta api berkenaan disekat daripada meneruskan perjalanan walaupun
Presiden Rusia, Vladimir Putin memberi jaminan keselamatan dan
pelindungan kepada pemerhati dan pasukan yang ditugaskan di lokasi
kemalangan pesawat MAS itu.
Destinasi terakhir kereta api berkenaan masih belum dikenal pasti, menurut laman web, ibtimes.co.uk.
Dalam pada itu, pertempuran dilaporkan berlaku di kawasan sekitar Torez
yang memaklumkan, empat kereta kebal kerajaan dan dua kereta kebal
kumpulan pemisah sedang menghala ke stesen kereta api.
Pasukan penyelamat telah menemui 251 mayat mangsa di sekitar lokasi
tragedi yang terletak berhampiran sempadan Ukraine dan Rusia.-UTUSAN
ONLINE
MH17: Palestin ucap takziah kepada rakyat Malaysia
KUALA LUMPUR: Pertubuhan Kebudayaan Palestin Malaysia Malaysia (PCOM), bagi pihak rakyat Palestin, melahirkan rasa sedih terhadap nahas tragik yang menimpa pesawat Malaysia Airlines MH17 yang mengorbankan 298 penumpang dan kru di Ukraine Khamis lepas.
"Sungguhpun perkataan yang diungkapkan mungkin tidak dapat menunjukkan kesedihan sebenar yang kami rasai terhadap insiden tragik ini, kami melahirkan rasa persaudaraan kami dengan keluarga yang kehilangan orang tersayang.
"Kami berdoa semoga mereka diberikan kesabaran dan semangat, dan kami
juga doakan semoga Malaysia dapat mengatasi keadaan yang sukar ini
dengan keazaman yang kuat seperti yang selalu dilakukan," menurut PCOM
dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut PCOM, walaupun bersedih atas tragedi pesawat itu, Malaysia sekali lagi membuktikan bahawa ia adalah pejuang sebenar hak rakyat Palestin dan dengan berani memberi sokongan kepada rakyat Palestin yang kini menjadi sasaran bedilan Israel di Gaza, Palestin.
- BERNAMA
Sunday, July 20, 2014
#MH17 : Hina Melayu Dan Islam Vs Lepas Diri Alasan FB Palsu
Sebelum ini telah berlaku beberapa kes
penghinaan terhadap bangsa Melayu dan Raja-Raja Melayu menggunakan akaun
Facebook. Dan apabila mereka ini dibawa ke muka pengadilan maka mereka
dengan mudah menggunakan alasan akaun mereka itu palsu untuk melepaskan
diri dari dipertanggungjawabkan atas kesalahan yang mereka lakukan.
Saturday, July 19, 2014
"Bagaimana Jika Pesawat Saya Naiki Ditembak?"- Pramugari MH17
KUALA LUMPUR 19 Julai - Dora Shahila Kassim, pramugari MH17 seakan
memberi bayangan apa akan berlaku kepada dirinya jika kapal terbang yang
dinaiki ditembak - sejak sebulan dahulu lagi.
"Ketika itu, kami sekeluarga bercuti di Bali (Indonesia). Ketika
bersarapan di hotel, dia tanya saya, macam mana kalau suatu hari nanti,
ketika dia bertugas, kapal terbangnya ditembak," imbas abangnya, Don
Shahidan, memetik laporan Sinar Harian.
#MH17: Najib Panggil Sidang Parlimen Tergempar Bentang Usul Tragedi MH17
Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memutuskan untuk memanggil sidang
Parlimen tergempar bagi membentangkan usul mengutuk tindakan tidak
berperikemanusiaan ke atas pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan
MH17 yang dipercayai ditembak jatuh di Ukraine pada Khamis.
Payah Betul Nak Siasat Nahas MAS #MH17 Kalau Kerajaan Ukraine Takut Pada Pemberontak #PrayForMH
Pasukan pemantau antarabangsa pertama tiba di lokasi MH 17 terhempas, berdepan kesukaran memulakan tugas pasca nahas.
Kemelut politik terburuk di Eropah
Susunan SOPI SAMAILE dan ZAKI SALLEH
-Kosmo-
-Kosmo-
|
|
PERBALAHAN Ukraine dengan Rusia yang berlaku sejak empat bulan lalu
antara kerajaan pro-Barat Kiev dengan puak pemisah yang mahu menyertai
Moscow menjadi punca konflik kedua-dua negara.
Puak Pemisah Nafi Tembak Pesawat MH17, Tuduh Tentera Ukraine
Keadaan pesawat MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine pada Khamis.
Friday, July 18, 2014
MH17 : Bukan Pemberontak Yang Tembak?
Ukraine : Puluhan mayat bergelimpangan di sekitar kawasan serpihan pesawat MH17 terhempas di timur Ukraine, lapor Reuters.
Seorang pekerja menyelamat dan perkhidmatan kecemasan
berkata sekurang-kurangnya 100 mayat sudah ditemui sehingga kini di
tempat kejadian, berhampiran Kampung Grabovo, dan serpihan pesawat
berkenaan ditemui di kawasan sekitar 15 kilometer.
Senarai Pesawat Penerbangan Komersial Utama Yang Ditembak Jatuh Sejak 40 Tahun Lalu
Kita mungkin tertanya-tanya adakah pernah berlaku pesawat komersial ditembak sebelum ini.
Berikut ialah senarai pesawat penerbangan komersial utama yang ditembak jatuh sejak 40 tahun lalu:
Antara Punca Pesawat Ditembak??
Terkini, lidah rasmi Russia, RT
News telah melaporkan bahawa pesawat IL-96 milik mereka telah melalui
laluan yang sama dilalui oleh MH17 pada jam 16:21 waktu Moskow, manakala
MH17 telah melalui laluan udara yang sama pada jam 15:44 waktu Moskow,
iaitu sekitar setengah jam lebih awal berbanding IL-96.
Subscribe to:
Posts (Atom)





