Apakah motif sebenar Guan Eng menubuhkan Pasukan Peronda Sukarela (PPS) di Pulau Pinang. Sejumlah RM10 juta telah diperuntuk Guan Eng untuk PPS. Jumlah peruntukan itu sama banyak dengan peruntukan terhadap Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di seluruh negara.
Rukun Tetangga (RT) tidak boleh disamakan dengan PPS. Rukun Tetangga dibuat dengan mekanisme pendaftaran penduduk dan rondaan secara wajib. Rukun Tetangga dilancarkan pada tahun 1975 untuk membantu pihak polis menangani keadaan keselamatan pada waktu itu yang dijejas oleh ancaman anasir anasir anti-nasional.
Rukun Tetangga dilaksanakan setelah undang undang Peraturan-Peraturan Perlu (Rukun Tetangga) 1975 di gubal di bawah Seksyen 2 Ordinan Darurat 1969 di parlimen.
Jika peruntukan PPS sejumlah RM10 juta sama dengan peruntukan Rukun Tetangga di seluruh Malaysia, apakah niat sebenar Guan Eng? Apakah Guan Eng berhasrat membuat angkatan polis sendiri untuk DAP?
Ini kerana antara tugas PPS yang telah dikenalpasti adalah untuk membawa dan memasang bendera DAP. Selain itu PPS juga dikenal pasti telah melakukan tindakan kekasaran terhadap orang awam.
Daripada mana idea untuk tubuhkan PPS ini sebenarnya? Apakah ianya idea lampau yang dijenamakan semula oleh Guan Eng dan DAP? Mari kita kaji beberapa fakta daripada tulisan buku di bawah ini sebagai satu panduan analisis.
“MPAJA telah ditubuhkan selepas Disember 1941 setelah PKM bersetuju menyediakan sukarelawan yang akan dilatih tentera British di Singapura (pasukan Dalforce) dalam kegiatan sabotaj dan perang gerila. Mereka ini kemudiannya ditinggalkan di Tanah Melayu untuk menjadi asas kepada gerakan anti-Jepun yang akan digunakan mengikut budibicara pihak tentera British”
tulisan dari Akashi Yoji, “The anti-Japanese movement in Perak during the Japanese occupation, 1941-45″ in Malaya and Singapore during the Japanese Occupation suntingan Paul Kratoska, Singapore, Journal of Southeast Asian Studies Special Publication no. 3, 1995 him. 83-118
“Para pengkaji menganggarkan kekuatan MPAJA berjumlah sekitar 3-4,000 orang pada 1945 sementara sumber-sumber MPAJA pula menganggarkan anggotanya sekitar 10,000 orang termasuk anggota unit rahsia yang bakal digunakan menentang British seperti yang berlaku pada 1948”
tulis Abu Talib Ahmad dalam buku bertajuk Aliran Kiri Dalam Nasionalisme Melayu, 1945-57, Satu Pemerhatian, mukasurat 29.
Berdasarkan buku tulisan Akashi Yoji, kita dapat tahu bahawa penubuhan awal MPAJA adalah sebagai satu pasukan sukarelawan, statusnya sama dengan PPS. Kemudian, difahamkan angka anggota PPS sekarang mempunyai kekuatan sejumlah 10,000 orang, jumlah itu juga sama dengan jumlah awal ahli MPAJA pada 1948. Apakah ini secara kebetulan?
Sejarah sudah membuktikan bahawa satu pasukan sukarelawan yang terlatih dan mendapat peruntukan tertentu jika dibiarkan mempunyai “agenda tersendiri” mampu menganggu gugat keamanan negara. Memang wajar tindakan pihak polis mengambil tindakan awal ke atas PPS. Sebelum nasi menjadi bubur, semua rakyat Malaysia akan bersetuju jika tindakan tegas diambil terhadap PPS. Cukuplah pisang berbuah sekali.
-tv14-
-tv14-
No comments:
Post a Comment