
BAGI saya apa saja yang datang dari 
pemimpin negara pulau itu termasuk serpihan anak Parti yang dilahirkan 
di Malaysia iaitu DAP, tidak pernah jujur terhadap Malaysia. Kuan Yew 
dan DAP kekal ‘duri dalam daging’ bukan saja dalam politik kita tetapi 
juga seluruh Nusantara Melayu.
Ini adalah kerana PAP adalah bapa kepada
 DAP yang menjalankan satu kaedah politik yang mana  lebih 
menitikberatkan bangsa mereka sendiri dan terus mengembangkannya 
dikalangan orang Melayu agar menjad penentang terhadap bangsa Melayu.
PR melakar kejayaan besar dalam sejarah 
PRU Malaya/Malaysia pada 2008, sudah cukup memberi gambaran betapa hajat
 besar Kuan Yew untuk ‘menelan’ negara ini tidak pernah kunjung padam.
Impian besarnya kembali menyemarak 
apabila parti anak didiknya DAP menguasai Pulau Pinang dan Selangor 
serta Perak, kini kian menunjukkan hasilnya dengan corak propaganda yang
 dilancarkan untuk mengwujudkan Malaysian Malaysia dengan sokongan “Alas
 kaki DAP”
Mungkin mustahil untuk menakluk secara 
fizikal, tetapi menguasai politik dan ekonomi sudah cukup meletakkan 
Malaysia di bawah ‘jajahan’ mereka yang nyata . Kini mereka cuba sedaya 
upaya untuk menguasai  Politik yang mana adalah kunci segalanya  untuk 
menguasai apa yang ada di Malaysia.
Di awal kemenangan PR, kita dapat lihat 
bagaimana sebahagian tanah sekitar Johor Bahru menjadi percaturan mereka
 yang berkepentingan.
‘Jambatan bengkok’ antara paling awal 
menjadi mangsa kerakusan golongan ini. Turut juga cuba diwujud ‘zon 
bebas’ keluar masuk. Selebihnya sudah menjadi sejarah.
Bukan itu sahaja. Mereka cuba 
menggunakan “proksi” yang ada untuk menguasai GLC di Malaysia dengan 
menggunakan Temasek. Mujur segalanya telah dapat dikawal walaupun agak 
keperitan.
Sebagaimana strategi bangsa yang lain, 
menguasi bahasa dan bersama didalam budaya itu adalah salah satu cara 
yang mesti dilakukan oleh mereka untuk memancing kaum Melayu yang mana 
amat mudah dipengaruhi dengan persekitaran yang dikatakan menghormati 
mereka.
Kita dapat melihat dengan mata kepala 
sendiri bagaimana penyokong PAS melaung ‘Takbir!’ apabila ada pemimpin 
DAP mentafsir ayat suci al-Quran di Perak tidak lama dulu.
DAP dan juga PAP tampak bijak 
mengeksploitasi keadaan ini termasuk memakai songkok ketika berkempen 
pada PRU sekitar 1950an. Orang Melayu Singapura memberi sokongan penuh 
kepada Kuan Yew ketika itu.
Baginya bahasa Melayu ‘amat penting’ 
bukan dalam soal ekonomi serantau semata-mata tetapi juga cara terbaik 
untuk mengambil hati orang Melayu. Maka bukan kejutan apabila kita 
diberitahu, Hsien Loong anak Lee Kuan Yew belajar bahasa itu seawal usia
 lima tahun.
Di Malaysia perkara yang sama juga  
dilakukan oleh anak didik mereka iaitu DAP untuk memberikan satu impak 
sokongan orang Melayu kepada mereka. Hasilnya sekarang kita sedang 
melihat bagaimana banyak dari orang melayu yang telah terpengaruh dengan
 strategi ini.
Rata rata semuanya dari kelompol 
generasi muda yang tidak pernah mengenal sejarah “kejahatan” PAP dan DAP
 didalam  politik Negara.
Ringkasnya, Singapura dan DAP selamanya 
tidak akan senang dengan pencapaian Malaysia. ‘Mentaliti terkepung’ 
dipupuk oleh Israel yang takut kepada dunia Arab yang mengelilingi 
negara haram itu. Bukan aneh apabila modus operandi mereka tampak sama!
-redzuan- 
No comments:
Post a Comment