Allah Yang Maha Berkuasa telah memberkati kami di Bilad al-Sham, Syria untuk melawan Jihad fi sabil Allah SWT terhadap rejim penjenayah. Walaupun sakit dan terkorban, dengan kejamnya musuh dan pengkhianatan saudara-saudara dan bukan saudara, Alhamdulillah Allah SWT menyokong kami dengan pertolongan-Nya dan mengurniakan kami dengan kemenangan yang tidak dijangkakan.
Perbezaan besar Jihad di Bilad al-Sham, Syria sejak hari-hari awal kewujudannya adalah mempunyai tujuan yang jelas dan ia adalah semata-mata sabil fi Allah SWT tanpa tersasar daripada matlamat atau tujuan sebenarnya dengan keupayaan sederhana tentera dan sumber kewangan kami. Alhamdulillah!
Kemudian fitnah muncul di bumi kami dengan penampilan kumpulan tidak dikenali yang mengharapkan kesetiaan orang awam kepada pemimpin-pemimpin yang tidak dikenali dan mempunyai agenda peribadi. Mereka mengisytiharkan semua umat Islam untuk setia kepada seorang lelaki.
Oleh itu, kami mengeluarkan kenyataan pertama mengenai ISIS dan berharap fitnah ini berhenti sebelum menjadi lebih besar. Kami telah beritahu kepada mereka betapa bahayanya tindakan mereka di peringkat dalaman dan pada imej Jihad fi sabil Allah. Perkara pokok adalah menyebarkan fitnah di kalangan Mujahideen di Syria, mewujudkan musuh baru di peringkat antarabangsa terhadap Mujahideen kita dan rakyat Syria secara umum. Kami berharap mereka memahaminya.
Tetapi, kejahatan mereka semakin berleluasa dan tindakan mereka tidak boleh dikompromi lagi. Terdapat pihak yang menyokong ISIS dan mula memerangi kumpulan Islam lain yang lebih lemah. Mereka membunuh Mujahideen lain hanya kerana mereka menolak untuk menyatakan taat setia kepada ISIS dan enggan menyokong ideologi yang berbeza.
Oleh itu, kami mengeluarkan kenyataan kedua daripada ulama saintifik Islam kepada kumpulan Mujahid di Syria. Apakah masalahnya dengan sesetengah orang? Jihad datang untuk membantu golongan teraniaya dengan rahmat dan kuat menentang musuh bukan sebaliknya. Sila jaga orang yang lemah dan janganlah melayan mereka dengan kejam sebelum fitnah ini tersebar.
Pada orang-orang yang jujur kongsilah kenyataan dakwah kami untuk menghentikan fitnah sebelum ia tersebar lebih luas dan mengganggu Jihad terhadap musuh kami atau melemahkan umat kita dalam pergaduhan dalaman yang sia-sia. Darah Islam adalah HARAM. Pencinta umat kita, ulama terkenal dan ustaz pergi kepada mereka dengan nasihat yang baik dan tulus jujur tetapi ia hanya menyerang kembali pada kami dan ia menjadikan mereka lebih degil, agresif dan tiada belas kasihan.
Mereka memaksa kami memberitahu apa yang Allah telah firmankan
وَإِذْ أَخَذَ اللَّهُ مِيثَاقَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ لَتُبَيِّنُنَّهُ لِلنَّاسِ وَلَا تَكْتُمُونَهُ
"Dan (ingatlah) ketika Allah mengambil perjanjian setia dari orang-orang yang telah diberikan Kitab (iaitu): "Demi sesungguhnya! Hendaklah kamu menerangkan isi Kitab itu kepada umat manusia, dan jangan sekali-kali kamu menyembunyikannya"".
- Surah Ali Imran, ayat 187.
Untuk memastikan jihad diteruskan dan tugas menasihati ummah sebagai tanda cinta dan kasihan pada yang buta hatinya.
يَهْلِكَ مَنْ هَلَكَ عَنْ بَيِّنَةٍ وَيَحْيى مَنْ حَيَّ عَنْ بَيِّنَةٍ
supaya orang (kafir musyrik) yang binasa itu, binasa dengan keterangan (yang membuktikan kesalahannya), dan supaya orang (Islam) yang hidup itu, hidup dengan keterangan (yang membuktikan kebenarannya.
- Surah Al-Anfal, ayat 42.
ISIS telah memperkenalkan beberapa fitnah baru dan kejahatan dalam negara kita, antaranya:
1. Pencerobohan ke atas rakyat Syria dan memperbodohkan mereka mengisytiharkan negara tanpa kehadiran sebenar mana-mana komponen yang realistik atau mana-mana kesahihan ini. Mereka melakukannya tanpa nasihat atau kelulusan mana-mana rakyat tempata, ulama dan tanpa menghubungi sesiapa di negara ini.
2. Tuntutan monopoli Islam kepada mereka, dan menuduh orang lain bodoh, pengkhianat dan lain-lain serta menghina mana-mana orang yang tidak menyertai mereka.
3. Melampau dalam menuduh orang yang kufur dan menguji orang padanya untuk membuktikan yang mereka kuffar sehingga mereka terpaksa mengaku Kafir. Mereka mengancam membunuh orang Islam lain dan Mujahideen dan ia merupakan perbuatan biasa mereka. Pemimpin tidak menafikan perbuatan terkutuk ini secara peribadi.
4. Mereka menuduh sesiapa yang tidak bersetuju dengan mereka sebagai pengkhianatan dan kufur walaupun dia adalah dari orang-orang yang dimuliakan dan lebih awal berjihad sebelum mereka.
5. Terus enggan untuk merujuk perkara-perkara atau perselisihan faham dan konflik kepada mahkamah Syariah Islam Tempatan kecuali mahkamah yang tertakluk kepada keputusan mereka sahaja, seolah-olah mereka memonopoli Islam untuk kumpulan mereka sahaja.
6. Menjadi duri dalam daging dengan bertempur di belakang bertujuan untuk meluaskan wilayah mereka dengan mengambil Tanah Mujahideen Yang Bebas. Jika gagal menguasai kawasan tersebut, mereka sengaja mengaku kawasan tersebut hak mereka dan mengalih arah Mujahidin daripada memerangi tentera Assad dan menyebabkan mereka terpaksa berperang sesama mereka. Mereka telah berjaya mengambil alih kawasan strategik seperti kawasan ekonomi, simpanan petrol, pusat pemeriksaan tentera utama di kawasan yang telah dibebaskan. Mereka merampas dari Mujahideen kami dengan kekerasan.
7. Sengaja mengganggu Mujahideen dan kumpulan-kumpulan Islam dengan menyebarkan maklumat palsu tentang mereka dan penglibatan dalam pertumpahan darah umat Islam. Mereka memandang rendah nilai darah Muslim.
8. Penangkapan dan gangguan kepada mujahidin, ulama, pendakwah, ulama, wartawan dan aktivis kami. Mereka menyoal siasat mereka dan menghalang kerja-kerja bantuan dan sokongan. Mereka juga menuduh semua NGO sebagai pengkhianat dan bekerja dengan musuh.
9. Menempa masalah palsu antara mujahidin shingga membawa kepada fitnah, pembunuhan, perpecahan dan melemahkan usaha menentang musuh kami.
Kami hanya taat kepada perintah-perintah Allah SWT dan kami sediakan mereka nasihat ketiga dan terakhir untuk mengelakkan apa yang berlaku kepada Jihad di negara-negara lain berlaku kepada kami di Syria. Kami menyeru:
A: Pemimpin ISIS untuk bangun dan mendengar nasihat yang jujur agar dapat membetulkan tindakan mereka dengan segera dan menghentikan kesilapan-kesilapan mereka. Tentera mereka tidak dinbernarkan untuk kekal dalam organisasi ini selagi kesilapan-kesilapan ini berterusan.
B: Kami tidak menyalahkan ISIS untuk kesalahan dan jenayah yang kami tidak pernah tahu sebelum mereka datang. Kami tidak akan bertanggungjawab jika ada perkara yang terjadi yang menyebabkan mereka terbunuh atau perlakuan mereka yang menyebabkan mujahidin terpaksa menyerang mereka untuk mempertahankan diri dan keluarga daripada ISIS pada masa hadapan.
وَلَمَنِ انتَصَرَ بَعْدَ ظُلْمِهِ فَأُولَٰئِكَ مَا عَلَيْهِم مِّن سَبِيلٍ
إِنَّمَا السَّبِيلُ عَلَى الَّذِينَ يَظْلِمُونَ النَّاسَ وَيَبْغُونَ فِي الْأَرْضِ بِغَيْرِ الْحَقِّ
"Dan sesungguhnya orang yang bertindak membela diri setelah ia dizalimi, maka mereka yang demikian keadaannya, tidak ada sebarang jalan hendak menyalahkan mereka".
"Sesungguhnya jalan (untuk menyalahkan) hanyalah terhadap orang-orang yang melakukan kezaliman kepada manusia dan bermaharajalela di muka bumi dengan tiada sebarang alasan yang benar".
- Surah Ash-Shuraa, ayat 41 dan 42.
C: Kami menyeru kepada ulama yang sederhana dalam ISIS, yang masih dihormati di ahli-ahli mereka sendiri, terutama yang telah lama di dalam ISIS untuk mengatakan kebenaran tentang perkara ini dan mengambil pendirian berani tentang perbuatan-perbuatan yang salah daripada pemimpin dan ahli-ahli baru mereka.
D: Kami menyeru kepada penyokong jihad di Syria untuk menyiasat di mana wang derma mereka pergi. Mereka perlu pastikan bahawa wang mereka tidak pergi untuk membunuh orang Islam atau Mujahid yang lain hanya kerana dia enggan menyertai ISIS.
E: Kami menyeru semua keluarga tempatan, brijed dan mujahidin yang telah disakiti, ditindas atau diserang oleh ISIS untuk bersabar. Mereka diharap tidak memerangi atau membalas dendam terhadap ISIS. Ingatlah! Orang yang sabar dicintai oleh Allah swt.
F: Kami menyeru kepada kumpulan-kumpulan kecil Mujahdeen jika mereka diancam oleh ISIS, maka sertailah salah satu daripada tentera Islam yang terbesar di Syria. Merela lebih kuat, lebih terkenal dan lebih ditakuti oleh Syiah daripada kumpulan-kumpulan kecil yang bersembunyi di belakang-belakang bangunan.
Ya mujahidin, ini merupakan masa yang sukar dan fitnah datang dari segenap penjuru. Inilah saat yang membezakan hati yang baik dengan yang buruk.
مَا كانَ اللَّهُ لِيَذَرَ الْمُؤْمِنِينَ عَلى مَا أَنْتُمْ عَلَيْهِ حَتَّى يَمِيزَ الْخَبِيثَ مِنَ الطَّيِّب
"Allah tidak sekali-kali akan membiarkan orang-orang yang beriman dalam keadaan yang kamu ada seorang (bercampur aduk mukmin dan munafik, bahkan Ia tetap menguji kamu) sehingga Ia memisahkan yang buruk (manufik) daripada yang baik (beriman)".
- Surah Ali Imran, ayat 179.
Oleh itu, bersabarlah dan sucikanlah hati kamu. Sentiasa berusaha kerana Allah swt. Anda ditinggikan martabat jika anda beriman. Allah sentiasa bersama kamu dan Dia tidak akan meninggalkan kamu.
Alhamdulillah.
Kenyataan daripada Pertubuhan Ulama Islam.
Link : http://islamicsham.org/
No comments:
Post a Comment