Sunday, September 7, 2014

“Perhambaan terselubung” perhambaan alaf baru


“Perhambaan terselubung” adalah suatu bentuk perhambaan alaf baru. Tanpa kita sedari, fenomena ini akan memberikan impak yang lebih buruk daripada penjajahan.

Jika penjajahan lebih berupa perompakan kekayaan sesuatu bangsa tetapi perhambaan pula lebih berupa penguasaan terhadap diri sesuatu bangsa.

Ia juga dikenali sebagai “berjiwa hamba” tetapi bukan hamba kepada Allah.


Mereka menjadi hamba kepada suatu kuasa berkepentingan yang mempunyai agenda jahat tersembunyi.

Fizikalnya bebas tapi mindanya terjajah.

Maka akan lahirlah peribadi muslim yang tidak merasa Izzah (mulia) dengan Islam.

Tidak merasa Izzah jika negara ini dikaitkan dengan Islam bahkan bersungguh-sungguh menyetujui gagasan sekularnya negara ini.

Sekiranya gagasan sekular wujud di negara ini, selama-lamanya kita tidak punya lagi landasan untuk menuntut syariah dilaksanakan dalam kehidupan.

Akhirnya, akan lahir golongan terpelajar peribumi yang terkurung dalam sistem dan orientasi barat.
Mereka tidak mampu untuk memerdekakan diri dari sudut pandang, minda dan jiwa falsafah kehidupan barat seperti fahaman sekularisme, liberalisme dan pluralisme barat.

Ibaratnya mereka ini “sarjana-sarjana” burung kakak tua yang hanya tahu meniru, tidak memiliki keaslian intelektual bahkan merelakan diri untuk dijajah selamanya.

Saya menyeru rakyat Malaysia khususnya individu Muslim agar memerdekakan diri dalam erti kata yang sebenar.

Kita isi kemerdekaan negara dengan kembali kepada syariat Islam dan kita mulakan kesepakatan itu mulai sekarang.

Sohibul Fadilah Tuan Haji Zamri Hashim
Timbalan Mufti Perak
Merangkap Yang Dipertua ISMA Cawangan Ipoh

No comments:

Post a Comment