1. Sekarang baru saya tahu kenapa kontraktor Melayu tidak pernah diberi kontrak oleh swasta Malaysia. Mengikut Fellow Kanan Institut Kajian Sosioekonomi dan Alam Sekitar (SERI). Dr Michael Lim Mah Hui, Bumiputra tiada kualiti.
2. Ketua Pakar Ekonomi RAM Holdings, Dr
Yeah Kim Leng, pula berkata, swasta mementingkan meritokrasi, bukan
menutup peluang kepada Melayu.
3. Kita tahu Kerajaan yang dikuasai oleh
Melayu yang tidak berkualiti, telah mengambil hampir 100% Melayu untuk
menjadi pegawai dan kakitangan Kerajaan. Hasilnya dapat kita lihat
Malaysia tidak dapat ditadbir dengan baik dan pembangunannya memang
buruk sekali berbanding dengan negara-negara lain yang mencapai
kemerdekaan bersama dengan Malaysia.
4. Kerajaan yang dianggotai oleh Melayu
yang tidak berkualiti ini gagal menangani kemerosotan ekonomi dan
kewangan pada 1997/98. Ramailah peniaga dan pengusaha negara terutama
dari kaum yang memiliki merit yang bankrap semasa krisis matawang kerana
tindakan “control” oleh Bumiputera. Sehingga kini ekonomi dan kewangan
negara tidak dapat dipulih oleh Kerajaan Melayu yang tidak berkualiti
ini.
5. Sesungguhnya untuk mengelak kerosakan
negara, Melayu yang tidak berkualiti ini tidak harus diberi apa-apa
peluang menuntut ke peringkat universiti kerana mereka tentu tidak akan
lulus dan mendapat apa-apa ijazah. Tindakan pemaju swasta mengutamakan
merit memanglah wajar. Ini bukan kerana tidak mahu memberi peluang
kepada Melayu, tetapi kerana mengutamakan merit.
6. Meritokrasi memang baik bagi Malaysia.
Jangan bagi apa-apa pun yang tidak berasas kepada merit. Orang yang
tidak berkualiti tidak mempunyai hak dan tempat di Malaysia. Biarlah
mereka kekal dengan kualiti buruk mereka asalkan yang berkualiti, yang
memiliki merit meraih segala-galanya untuk mereka. Kemerdekaan Negara
dari dijajah oleh British bertujuan memberi segala-galanya kepada yang
memiliki merit dan bukan untuk yang tidak berkualiti.
7. Dan saya bersetuju dengan pendapat
pakar-pakar orang cina dari SERI dan RAM Holdings. Orang yang tidak ada
kualiti tidak ada tempat di Malaysia kita yang Merdeka. Mereka harus
tahu nikmat kemerdekaan bukan untuk mereka. Nikmat ini hanya untuk yang
mempunyai merit walaupun orang cina tidak berjuang langsung untuk
membebaskan Malaysia dari penjajah.
-Tun Mahathir-
No comments:
Post a Comment