Aduhai, terkejut admin baca kenyataan ni. Betul ker Rusia dalang kes MH17? Apa pun, admin ucapkan syabas kepada kerajaan Malaysia yang mengambil langkah tepat dengan tidak menuduh mana-mana pihak. Tak seperti Pakatan yang menunding jari ke Rusia. Atas dasar apa Rusia dituduh? Admin nantikan jawapan ini dari Pakatan
Ketua pembangkang itu berkata kumpulan itu mendapat bantuan senjata canggih yang digunakan untuk menembak MH17.
"Kita akan menggesa kerajaan supaya lebih tegas, terutamanya dalam menghadapi gerombolan pemisah di Ukraine yang mempunyai bantuan senjata dari Rusia.
"Kita faham senjata yang digunakan sangat canggih dan peluru berpandu tersebut, ia tentunya dengan bantuan Rusia," kata Anwar pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya malam tadi.
Penerbangan MH17 menggunakan pesawat Boeing 777-200 dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas dipercayai ditembak jatuh dengan peluru berpandu Khamis lepas.
Pesawat Malaysia itu yang membawa 298 penumpang dan anak kapal terhempas di Donetsk di bahagian timur Ukraine.
Media barat menuduh kumpulan pemisah pro-Rusia terlibat dalam tembakan itu.
Akhbar The New York Times (NYT) semalam melaporkan Malaysia masih keberatan untuk menyalahkan mana-mana pihak yang bertanggungjawab menyerang pesawat MH17.
Akhbar itu berkata, Putrajaya berhati-hati dalam hubungan diplomasinya, menjaga hubungan baik dengan Rusia dan pada masa yang sama menjauhi polisi Amerika Syarikat (AS).
Presiden AS Barack Obama dan pemimpin negara barat lain berkata peluru berpandu darat ke udara yang terkena MH17 dibuat di Rusia serta menuduh Presiden Rusia Vladimir Putin bersekongkol dalam peperangan di Ukraine.
-The Malaysia Insider 22 Julai, 2014.
CEPATNYA ANWAR BUAT KESIMPULAN, US: TIADA BUKTI KAITKAN RUSSIA
http://news.yahoo.com/us-no-evidence-direct-russian-plane-210210006--politics.html?soc_src=mediacontentstory |
WASHINGTON (AP) - Pegawai-pegawai kanan perisikan AS berkata, mereka tidak mempunyai bukti penglibatan langsung kerajaan Rusia dalam menembak pesawat Malaysia Airlines MH17.
Mereka berkata pesawat penumpang itu MUNGKIN ditembak oleh peluru berpandu SA-11 darat ke udara oleh puak pemisah pto-Rusia di timur Ukraine.
Mereka juga berkata mereka tidak tahu sama ada pihak Rusia turut berada di tempat peluru berpandu itu dilancarkan dan mereka tidak pernah menyatakan anggota kumpulan yang melancarkan peluru berpandu itu dilatih oleh pihak Russia.
Pegawai perisikan kanan US itu berkata perkara yang paling mungkin adalah pesawat itu telah ditembak jatuh dengan tidak sengaja.
SIAPAKAH PENYUMBANG DANA KEPADA PUAK PENENTANG KERAJAAN MALAYSIA?
http://www.mykmu.net/?p=23282 |
http://www.anwaraidc.com/?p=25291 |
http://peraktoday.com.my/?p=82805 |
No comments:
Post a Comment