Sebelum ini telah berlaku beberapa kes
penghinaan terhadap bangsa Melayu dan Raja-Raja Melayu menggunakan akaun
Facebook. Dan apabila mereka ini dibawa ke muka pengadilan maka mereka
dengan mudah menggunakan alasan akaun mereka itu palsu untuk melepaskan
diri dari dipertanggungjawabkan atas kesalahan yang mereka lakukan.
Ini seolah-olah telah menjadi trend untuk
membakar api perkauman dalam usaha mencetuskan provokasi perkauman.
Lebih-lebih lagi mereka yang menghina Islam, orang Melayu dan Raja-raja
Melayu ini begitu mudah dapat melepaskan diri dengan dakwaan akaun
palsu. Sebenarnya kita dapat melihat pembohongan yang cukup tersusun
dalam modus operandi mereka membakar api perkauman dalam saat-sat negara
menghadapi krisis yang melibatkan banyak nyawa yang terkorban.
Trend ini perlu diambil tindakan yang
lebih tegas memandangkan pihak yang cukup tidak bertanggungjawab ini
dilihat akan terus menggunakan alasan akaun palsu untuk terus menghina
orang Melayu, agama Islam dan Raja-Raja Melayu.
Kes terbaharu yang menggunakan alasan
akaun palsu ini, kononnya pemilik akaun tersebut adalah palsu dengan
menggunakan nama, gambar dan identiti palsu, telah menggunakan tragedi
MH17 sebagai platform untuk menghentam dan menghina juruterbang yang
berbangsa Melayu dan beragama Islam. Kononnya pemilik asal telah
membuat laporan polis terhadap pengunaan akaun palsu beliau.
Sebenarnya kita amat meragui hal
ini. Kami amat berharap pihak SKMM dapat menjalankan siasatan terperinci
bagi memastikan pihak yang bertanggungjawab dapat dibawa ke muka
pengadilan. Kesabaran orang Melayu ada hadnya. Ini bakal mencetuskan api
pergolakkan yang bakal sukar dipadamkan sekiranya pihak berkuasa tidak
dapat menangani isu ini dengan sebaik mungkin.
Walaupun pemilik akaun FB ini menafikan,
kita perlu siasat aktiviti di luar FB beliau dengan terperinci. Ini akan
dapat menolong kita menjejak pembohongan beliau sekiranya benar. Dalam
FB yang kononnya palsu itu Sim Kwang Yung telah menghina dan memaki
kapten pesawat MH17.
“The captain is an idiot, puasa fasting, no fly zone… bodoh betul captain tu, MAS bunch of idiot” tulis akaun facebook bernama Sim Kwang Yung Sim.’ “Stupid Malay Muslim pilot. if only he had eaten, he will be alert enough to stirr clear from the no fly zone! What is the grass goat thinking!
Selain itu, Sim Kwang Yung turut mempertikaikan hak keistimewaan orang-orang Muslim dan menghina kaum lain melalui tulisan di posting di laman sosial Facebook beliau.
Dalam masa yang sama kita sebagai rakyat
Malaysia perlu mengetepikan segala anasir yang boleh menggugat perpaduan
dalam menghadapi tragedi penerbangan MH17 Malaysia Airlines (MAS) yang
terhempas dan mengorbankan 298 nyawa di Ukraine, Khamis lepas. Bagi
mereka yang menjadikan MH17 sebagai platform untuk mencetuskan api
perkauman maka anda sebenarnya tidak layak bergelar warganegara
Malaysia. MH17 merupakan satu tragedi nasional yang merentasi sempadan
agama, kaum dan kepentingan politik.
-nblo-
No comments:
Post a Comment