KUALA LUMPUR: Pertubuhan Kebudayaan Palestin Malaysia Malaysia (PCOM), bagi pihak rakyat Palestin, melahirkan rasa sedih terhadap nahas tragik yang menimpa pesawat Malaysia Airlines MH17 yang mengorbankan 298 penumpang dan kru di Ukraine Khamis lepas.
"Sungguhpun perkataan yang diungkapkan mungkin tidak dapat menunjukkan kesedihan sebenar yang kami rasai terhadap insiden tragik ini, kami melahirkan rasa persaudaraan kami dengan keluarga yang kehilangan orang tersayang.
"Kami berdoa semoga mereka diberikan kesabaran dan semangat, dan kami
juga doakan semoga Malaysia dapat mengatasi keadaan yang sukar ini
dengan keazaman yang kuat seperti yang selalu dilakukan," menurut PCOM
dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut PCOM, walaupun bersedih atas tragedi pesawat itu, Malaysia sekali lagi membuktikan bahawa ia adalah pejuang sebenar hak rakyat Palestin dan dengan berani memberi sokongan kepada rakyat Palestin yang kini menjadi sasaran bedilan Israel di Gaza, Palestin.
- BERNAMA
No comments:
Post a Comment