KUALA LUMPUR 17 Julai - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim
memohon Sultan Selangor memberi ruang keampunan kepada Ahli Parlimen
Shah Alam, Khalid Samad berhubung kenyataannya yang dianggap biadap dan
jahil itu.
Anwar berkata demikian sebagai mengulas titah Sultan Sharafuddin Idris
Shah semalam yang murka terhadap Khalid Samad yang sebelum ini
mempersoalkan bidang kuasa Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang
dinaungi Baginda Sultan.
"Kita sebagai rakyat di Selangor tentunya apabila Tuanku bertitah
demikian, kita mengambil berat. Namun kita akan memohon supaya
pertimbangan Tuanku dengan semangat dan rahmat di bulan Ramadhan ini
untuk beri ruang kepada Khalid.
"Beliau memang terkenal seorang tokoh yang berwibawa dan prihatin terhadap rakyat, namun dalam masa sama tegas dan keras.
"Mungkin jika ada sedikit pendekatan yang kurang ajar, mungkin ada ruang
untuk beliau memohon maaf daripada Tuanku," katanya kepada pemberita.
Terdahulu Sultan Selangor melahirkan kemurkaannya terhadap Khalid Samad
kerana biadap dan jahil dalam mengeluarkan kenyataan berhubung kuasa
eksekutif MAIS.
Baginda menganggap persoalan yang ditimbulkan Khalid bersabit isu MAIS
adalah tidak bertanggungjawab dan menunjukkan penentangan terhadap kuasa
baginda sebagai ketua agama Islam di Selangor.
Menyifatkan wakil rakyat PAS itu sebagai biadap, baginda bertitah supaya
Khalid yang bukan berasal dari Selangor supaya memahami sejarah negeri
dan mendalami undang-undang yang terpakai di Selangor terutama
Undang-undang Tubuh Kerajaan dan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri
Selangor.
Pada 17 Jun lalu, Khalid Samad serta beberapa ahli Parlimen PAS
mengadakan sidang media untuk mendesak agar kuasa MAIS disemak semula.
Ini kerana pada mereka kuasa yang ada pada MAIS menyebabkan badan itu
bertindak keterlaluan dan mencalarkan imej Islam kononnya tidak
menghormati kitab suci agama lain.
Berikutan titah Baginda itu, Khalid melahirkan rasa terkejutnya dan akan
membuat permohonan untuk mengadap Sultan Selangor bagi menjelaskan
kenyataannya sebelum ini bersabit bidang kuasa MAIS.
-Rakyatnews-
Admin: Aduhai.. drama king betul la. Kalu berani cakap, berani la tanggung. Admin yang merupakan rakyat Selangor pun tak kurang ajar seperti si Khalid ni.. hhmmm.. mohon jangan tunjuk sifat kurang ajar dan kebodohan diri di bumi Selangor. Ni amaran keras dari UMNO Bahagian Kelana Jaya! Kalau tak boleh nak hormat Sultan, Agama Islam dan undang-undang di Selangor, tak payah la hidup kat bumi Selangor
No comments:
Post a Comment