Ketika rakyat Malaysia bergelut menahan kesedihan terhadap tragedi yang
bertimpa-timpa yang melibatkan pesawat Penerbangan Malaysia serta
mengeluh mengenang nasib umat Islam di Gaza,Anwar Ibrahim nampaknya
masih sibuk berpolitik untuk kepentingan dirinya.Dikhabarkan,Anwar telah
menghantar beberapa nama untuk dilantik sebagai Menteri Besar Selangor
menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.Antara yang dicadangkan dan diberi
sokongan kuat ialah Datin Seri Wan Azizah,isterinya sendiri yang juga
merupakan Presiden Parti.Walaubagaimanapun,malang bagi Anwar,pihak
istana dikatakan tidak begitu ‘berkenan’ dengan cadangan
Anwar.Pertamanya,pihak istana tidak melihat sebarang keperluan untuk
menukar-nukar Menteri Besar terutama pada ketika berbagai masalah negeri
masih belum selesai.Keduanya,pihak istana ingin memastikan Menteri
Besar yang dipilih benar-benar mendapat sokongan ramai.
Untuk itu,pihak istana membayangkan agar diadakan undian.Anwar tentu
sekali keberatan untuk mengadakan undian,bimbang isterinya tidak
mendapat sokongan ramai.Lebih dari itu,undian juga pasti akan meresahkan
semua pihak yang selama ini bermuka-muka berpura-pura menyokong kem Wan
Azizah.Namun,saya yakin bahawa Anwar sebenarnya telah pun menjangkakan
penolakan istana,malah beliau memang sengaja merancang ke
arahnya.Buktinya,desas desus telah kedengaran bahawa Anwar bakal
mengadakan demonstrasi besar-besaran di seluruh Selangor untuk membantah
keputusan istana.Ini merupakan peluang Anwar untuk menekan Sultan
secara berterusan lanjutan dari isu MAIS dan JAIS yang dijuarai oleh
Khalid Samad.Tekanan ke atas Sultan dilihat sebagai agenda terancang dan
jangka panjang Pakatan Rakyat dalam usaha untuk merealisasikan
Malaysian-Malaysia DAP dan juga negara republik PKR yang membawa fahaman
liberal.Selain itu,kekecohan demonstrasi ini juga akan digunakan untuk
mengalih pandangan dari rayuan Anwar ke atas hukuman penjara lima tahun
yang dikenakan ke atasnya.
Sudah menjadi ‘trend’ semasa di Malaysia di mana Anwar akan
merancang demonstrasi atau rusuhan setiap kali kes peribadinya timbul di
mahkamah dan nampaknya,Anwar akan terus menggunakan strategi yang sama
bagi menutup malu atau mengelak dirinya dipenjara.Walaupun strategi
berdemonstrasi tidak pernah berjaya mengubah apa-apa,Anwar tetap setia
mengulanginya.Kata orang bijakpandai,perbuatan yang sama akan membawa
kepada hasil yang sama juga.Adalah dikhuatiri kata-kata ini mungkin
tidak begitu tepat dalam kes Anwar kali ini.jika demonstrasi sebelum ini
tidak membawa Anwar ke mana-mana,maka demonstrasi kali ini mungkin
membawa Anwar terus ke penjara.
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
-Badut Rakyat-
No comments:
Post a Comment