Admin: Astaghfirullah al'azim.. mengucap admin bila baca pengumuman pemberi n peminta sedekah akan didenda di KL. Kenapa la bodoh sangat menteri ni? Adakah Ku Nan tak tahu bahawa memberi sedekah mendekatkan diri kita dengan Allah n Syurga, lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan? Bagi admin, tak kisah la si peminta sedekah tu nak tipu ker.. amik kesempatan ker, sebab bila peminta sedekah itu menipu n amik kesempatan, itu soal dia dengan Allah. Si pemberi sedekah pula dah dapat pahala.. Sebab itu Rasulullah bersabda, tangan yang di atas lebih mulia dari tangan yang di bawah. Sedarkah kalian, selepas pengumuman tersebut KL dilanda musibah? Jalan Imbi n Jalan Hang Tuah runtuh! Itu kan tanda Allah dah murka sebab melanggar perintah-Nya.. renung-renungkan lah wahai Tengku Adnan
PUTRAJAYA - Pemberi dan peminta sedekah bakal berdepan hukuman seperti
denda apabila undang-undang berkaitan kegiatan mengemis di ibu negara
diperketat, kata Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan
Tengku Mansor.
Beliau berkata langkah itu akan dilaksana di beberapa tempat tumpuan bagi mengurangkan budaya meminta sedekah yang mencemar imej ibu negara.
Tengku Adnan berkata keputusan itu diambil selepas pihaknya bermesyuarat dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan beberapa agensi berkaitan baru-baru ini yang antara lain, membincangkan masalah kebersihan serta isu gelandangan.
"Kita akan ambil satu kaedah di mana yang pemberi kita akan saman dan penerima pula akan kita 'angkut' kerana kebanyakan peminta sedekah ini adalah orang asing.
"Selain itu, badan bukan kerajaan yang memberi makanan secara percuma kepada gelandangan juga akan ditetapkan tempatnya dan tidak boleh merata-rata tempat kerana ini akan mengundang kekotoran," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program Nur Ramadan peringkat Putrajaya malam ini.
Terdahulu, dalam ucapannya, Tengku Adnan berkata kementerian itu dan agensi di bawahnya akan mengadakan majlis berbuka puasa di semua 13 kawasan Parlimen Wilayah Persekutuan agar dapat mendengar permasalan rakyat dan lokasi pertama ialah Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.
Pada majlis itu, beliau turut menyampaikan sumbangan kepada 780 penerima antaranya anak yatim, fakir miskin dan orang kelainan upaya. - Bernama
No comments:
Post a Comment