Sekarang ni kecoh orang ramai menghentam Tengku Adnan kerana kenyataan denda peminta sedekah dan pemberi sedekah. Admin pun ter-emo dengan kenyataan tersebut. Al maklum la pertama kali diadakan undang-undang begitu di Malaysia. Tetapi, bila baca kenyataan ini, maka admin rasa ada benarnya. Islam memang menggalakkan pemberian pertolongan kepada yang memerlukan. Persoalannya, adakah peminta sedekah di jalanan sekitar ibu kota adalah mereka yang benar-benar meminta pertolongan? Siapakan mereka? Apakah niat mereka? Terima kasih kerana pencerahan ini.
Maaf, saya bersama Ku Nan. Maka saya kongsikan sedikit info hukum
orang minta sedekah dan orang yg beri sedekah. Insyallah, anda akan
faham apa yang Ku Nan cuba lakukan. Jangan nanti kita terjebak sama
dalam kerugian. Buka hati lapang dada ye. Salam Jumaat.
Kaidah fikih menyebutkan : “Man a’ana ‘ala ma’shiyyatin fahuwa syariik
fi al itsmi” (Barangsiapa membantu suatu kemaksiatan, maka dia telah
bersekutu dalam dosa akibat kemaksiatan itu.). (Syarah Ibnu Bathal,
17/207)
Sahabat Qabishah bin Mukhariq Al-Hilali radhiyallahu ‘anhu, ia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
يَا قَبِيْصَةُ، إِنَّ الْـمَسْأَلَةَ لَا تَحِلُّ إِلَّا لِأَحَدِ
ثَلَاثَةٍ : رَجُلٍ تَحَمَّلَ حَمَالَةً فَحَلَّتْ لَهُ الْـمَسْأَلَةُ
حَتَّى يُصِيْبَهَا ثُمَّ يُمْسِكُ، وَرَجُلٍ أَصَابَتْهُ جَائِحَةٌ
اجْتَاحَتْ مَالَهُ فَحَلَّتْ لَهُ الْـمَسْأَلَةُ حَتَّى يُصِيْبَ
قِوَامًا مِنْ عَيْشٍ –أَوْ قَالَ : سِدَادً مِنْ عَيْشٍ- وَرَجُلٍ
أَصَابَتْهُ فَاقَةٌ حَتَّى يَقُوْمَ ثَلَاثَةٌ مِنْ ذَوِي الْحِجَا مِنْ
قَوْمِهِ : لَقَدْ أَصَابَتْ فُلَانًا فَاقَةٌ ، فَحَلَّتْ لَهُ
الْـمَسْأَلَةُ حَتَّى يُصِيْبَ قِوَامًا مِنْ عَيْش ٍ، –أَوْ قَالَ :
سِدَادً مِنْ عَيْشٍ- فَمَا سِوَاهُنَّ مِنَ الْـمَسْأَلَةِ يَا قَبِيْصَةُ
، سُحْتًا يَأْكُلُهَا صَاحِبُهَا سُحْتًا.
“Wahai Qabishah!
Sesungguhnya meminta-minta itu tidak halal, kecuali bagi salah satu dari
tiga orang: Seseorang yang menanggung beban (hutang orang lain,
diyat/denda), ia boleh meminta-minta sampai ia melunasinya, kemudian
berhenti. Dan seseorang yang ditimpa musibah yang menghabiskan hartanya,
ia boleh meminta-minta sampai ia mendapatkan sandaran hidup. Dan
seseorang yang ditimpa kesengsaraan hidup sehingga ada tiga orang yang
berakal dari kaumnya mengatakan, ‘Si fulan telah ditimpa kesengsaraan
hidup,’ ia boleh meminta-minta sampai mendapatkan sandaran hidup.
Meminta-minta selain untuk ketiga hal itu, wahai Qabishah! Adalah haram,
dan orang yang memakannya adalah memakan yang haram”.
- Noreen A G Ghani-
No comments:
Post a Comment