Wednesday, July 9, 2014

Tolonglah Al-Quds, Tolonglah Gaza!

Tarikh: 10 Ramadhan 1435H
Bersamaan 8 Julai 2014

Kesatuan Sedunia Ulama’ Muslimin melaungkan seruan “Wahai Al-Quds! Wahai Gaza!” sebagai seruan membantu isu Palestin, dan menuntut semua negara merdeka untuk memberikan tekanan ke atas penjajah Zionis agar menghentikan serangan ke atas Gaza dan seluruh bumi Palestin. Kesatuan ini menegaskan sokongan penuh kepada seluruh bangsa Palestin dan gerakan penentangan mereka yang bertepatan dengan syari’at terhadap penjajah yang telah merompak negara mereka. Kesatuan ini juga menyeru kebangkitan umat Islam dan bangsa Arab untuk memainkan tanggungjawab mereka di dalam menyokong perjuangan Palestin dengan segala cara dan medium.
________________
Segala puji bagi Allah. Selawat dan salam buat Rasulullah, ahli keluarga Baginda, para sahabat dan mereka yang berjuang bersama Baginda.


Kesatuan Sedunia Ulama’ Muslimin mengikuti perkembangan yang berlaku hari ini dengan penuh kebimbangan dan kesedihan di atas apa yang berlaku di bumi Palestin, terutamanya pada hari-hari ini di mana serangan Zionis yang kejam ke atas Gaza dan Tebing Barat, juga saudara kami di Al-Quds dan seluruh bumi Palestin, yang telah menyebabkan bilangan kematian dan kecederaan yang banyak di kalangan rakyat Palestin tanpa mengira wanita dan kanak-kanak, berdasarkan laporan Kementerian Kesihatan Palestin.

Kesatuan Sedunia Ulama’ Muslimin berpandangan sesuai dengan situasi yang berlaku:
1. Menyokong rakyat Palestin dalam Intifadhah Ketiga ini, dan menyeru mereka agar thabat (tabah dan tetap pendirian) dan teguh dalam berhadapan dengan penjajah Zionis yang kejam.

2. Melaungkan seruan “Wa Qudsah! Wa Ghazzatah!” (Tolonglah Al-Quds! Tolonglah Gaza!) di seluruh negara Islam dan negara Arab, serta menyeru anak-anak ummah ini agar segera menyahut seruan membantu perjuangan rakyat Palestin.

3. Kesatuan Sedunia Ulama’ Muslimin menyeru kerajaan serta pertubuhan-pertubuhan Islam dan kemanusiaan melaksanakan tanggungjawab mereka dalam menghentikan kempen kejam Zionis yang berterusan serta menghentikan kebisuan antarabangsa terhadap isu Palestin.

4. Kesatuan Sedunia Ulama’ Muslimin menyeru kerajaan dan rakyat semua negara merdeka untuk memberikan tekanan agar pihak rejim penjajah Zionis mengangkat senjata mereka terhadap saudara kita di Gaza yang telah dikepung sekian lama, tetapi tetap teguh berdiri. Gencatan senjata Zionis dilaksanakan terhadap rakyat Palestin umumnya dan rakyat Gaza khususnya. Kami juga menegaskan bahawa isu Palestin adalah isu terbuka kepada semua tanpa mengira latarbelakang masing-masing.
Keteguhan dan keyakinan para mujahid kepada Allah jelas semakin kuat. Dan terbongkar talibarut-talibarut Zionis yang semakin bertambah kehinaan diri mereka.

“Dan sesungguhnya Allah yang akan memenangkan urusanNya, akan tetapi ramai manusia tidak mengetahui,” (Surah Yusuf: ayat 21)

Setiausaha Agung: Dr Ali Al-Qurrah Daghi
Ketua Kesatuan : Dr Yusuf Al-Qardhawi
Terjemahan: Ustaz Salman Abdul Rahman, Pusat Kajian Aman Palestin Bhd
Sumber: (https://www.facebook.com/iumsonline)

No comments:

Post a Comment