Tuesday, July 22, 2014

MH17: Pakar forensik Belanda periksa lebih 200 mayat




Setiap daripada lebih 200 mayat itu diperiksa oleh dua lelaki yang memakai penutup hidung dan mulut dengan menggunakan lampu suluh.
 
“Saya rasa penyimpanan mayat ini adalah baik," kata Peter Van Vliet, pakar forensik yang mengetuai pasukan Belanda itu selepas selesai memeriksa mayat mangsa.

Pakar berkenaan, bercakap sambil diperhatikan 50 pemberontak bersenjata, berkata pasukan beliau akan ke lokasi utama pesawat itu terhempas, kira-kira 15 kilometer dari situ.

Pasukan penyiasat itu diiring pasukan pemerhati antarabangsa dari Pertubuhan Keselamatan dan Kerjasama Eropah (OSCE) yang sudah melawat kawasan berkenaan sebelum ini.

Di Belanda, Perdana Menteri Mark Rutte berkata keutamaan sekarang ialah membawa mayat berkenaan ke wilayah yang dikuasai Kiev.

“Matlamat pertama ialah untuk membawa kereta api itu keluar ke wilayah yang dikuasai Ukraine, seperti Kharkiv,” kata Rutte merujuk kepada bandaraya utama yang dikuasai Kiev. - AFP

No comments:

Post a Comment