Monday, July 21, 2014

Khalid “Diterajang”- Anwar Umum Isteri Sebagai MB Baru Selangor

pc_anwar

PETALING JAYA: Akhirnya Parti Keadilan Rakyat (PKR) membuat keputusan untuk menggugurkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Kerusi panas Abdul Khalid itu yang menjadi rebutan ramai bakal digantikan oleh Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.


Pengumuman itu dilakukan oleh suaminya sendiri yang juga Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media di ibu pejabat parti itu pada awal pagi Selasa.

“Selepas mendapatkan konsensus daripada pemimpin semua peringkat di Selangor…kita putuskan hanya satu nama yang akan dicadangkan kepada Majlis Presiden Pakatan Rakyat. Nama itu ialah Datuk Seri Wan Azizah,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR di sini.

Dengan keputusan ini berakhirlah sudah teka-teki dan riwayat politik Khalid selaku Menteri Besar Selangor.

Beliau mungkin seorang menteri besar yang popular di kalangan rakyat tetapi jelas dan nyata sudah tidak di kalangan pemimpin-pemimpin partinya sendiri.

Pengumuman itu sekaligus menafikan peluang Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali yang sebelum ini disebut-sebut sebagai calon paling layak untuk menggantikan Abdul Khalid.

Malah sebelum ini media turut melaporkan bahawa Azmin dikatakan sebagai individu disebalik gerakan untuk untuk menggulingkan Khalid di Selangor.

Khalid dan Azmin masing-masing tidak hadir pada mesyuarat yang berlangsung sejak pukul 10 malam Jumaat dan berakhir selepas hampir tiga jam kemudiannya.

Azmin kini sedang menunaikan umrah.

Selain itu Anwar ketika ditanya mengenai tempoh masa akan berlakunya peralihan kuasa di Selangor berkata: “Secepat mungkin. Tapi kita akan bincang dengan Majlis Presiden Pakatan Rakyat dan Tan Sri Khalid dahulu.

Tambah Anwar, cadangan nama Wan Azizah akan dibentangkan secara rasmi dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat pada Rabu ini selepas sidang khas Parlimen mengenai isu MH17.
Jelas Anwar keputusan melantik isterinya sebagai calon Menteri Besar yang baharu juga merupakan kesinambungan kepada ‘langkah Kajang’ yang dirancang parti itu.

Katanya, langkah itu perlu diteruskan bagi memberi ruang perubahan ke arah kebaikan di Selangor.

“Kita akui prestasi selangor membanggakan dan kita hargai jasa Tan Sri Khalid mentadbir…banyak rekod yang kita boleh banggakan.

“Tapi kita juga berpendapat harus ada langkah tambahan bagi menyelesaikan beberapa isu panas dan yang menimbulkan kegelisahan rakyat.

“Langkah ini juga untuk menarik keyakinan rakyat kepada kerajaan Pakatan Rakyat,” katanya.

Sebelum ini Abdul Khalid berkali-kali menegaskan bahawa beliau akan terus menguasai Selangor sehingga penggal pentadbirannya berakhir.

Malangnya, kini ini segala teka-teki tersebut sudah berakhir dan terjawab.



Bagi admin la kan, sebenarnya calon yang layak duduk kerusi MB ni patut dari PAS. Sejak awal kemenangan PRU yang lepas oleh PR, PAS dilihat paling layak duduk kerusi MB. Sultan Selangor pun dah setuju calon PAS jadi MB. Khalid pula dijatuhkan dengan licik sekali. Isu air menjadi salah satu punca kegagalan Khalid. Semua ini telah dirancang dengan rapi. Daripada PRK Kajang yang tak sepatutnya diadakan hingga ke kejatuhan Khalid. Admin percaya dengan 'permainan politik' ini, kedudukan Sultan, nasib orang Melayu rakyat Selangor dan Agama Islam turut tergugat. Jangan lupa dendam puak Kristian terhadap JAIS dan campur tangan Sultan akibat dari Bible versi Melayu yang dirampas! Strategi: (1) Musnahkan orang yang memayungi orang Melayu dan agama Islam. (2) apabila orang Melayu dan agama Islam lemah, bangsa lain dan agama lain akan bertapak dengan kukuh (3) akan berlaku isu perkauman yang serius dan isu murtad berleluasa. Bangsa yang kuat akan menang. (4) Hak istimewa orang Melayu sebagai bangsa Pribumi dihapuskan. Agama Islam menjadi asing. 
*strategi ini dah tertulis dalam Protokol Yahudi.

No comments:

Post a Comment