Monday, September 8, 2014

Akta Hasutan Hanya Ditakuti oleh kumpulan Penghasut Sahaja.


Orang kata yang akan spin dan pusing perundangan ada lah yang pandai undang undang juga. 

Sama lah yang akan mempermainkan hukum hakam halal haram agama ada lah yang pandai agama juga.


Orang jahil agama tak akan permain kan hukum sebab dia tidak tahu pun, dia jahil, Yang suka main kan hukum kejap halal kejap haram untuk orang haram untuk dia halal ada lah yang pandai agama.

Akta Hasutan kini amat ditakuti oleh puak pembangkang. Mereka ugut kerajaan dan akan berdemo jika tidak hapuskan nya.

Malah dituduh nya akta itu digunakan untuk menakutkan pihak pembangkang.

Dulu mereka berjaya bubar dan desak ISA dihapuskan, setelah dihapuskan mereka tunjuk taring dalam bidang guaman kerana mereka pakar perundangan. Pihak kerajaan tewas dalam hal ini.

Kini mereka mahu akta hasutan dihapuskan pula.

Mereka mereka ini siapa? Tentu sekali para para penghasut yang mahu menang pilihanraya ikut pintu belakang kerana mempunyai pemimpin yang suka sondol belakang juga.

Namun dalam kehendak mereka menuntut akta hasutan dihapuskan, perkara paling pelik mereka ada lah pendukung akta kezaliman ISA.

Mereka menyokong DAP yang berpaksi PAP Singapura yang mengamalkan akta ISA. Masih teguh dan berdiri tanpa di sentuh.

Akta yang dikatakan kuno dan tak releven itu masih diamalkan oleh kerajaan PAP Singapura abang kepada DAP.

Zalim ke akta diamalkan oleh abang DAP? Kalau zalim kenapa tidak tekan DAP menyuruh abang nya menghapuskan nya dulu?

Hipokrasi dari pengamal nya memang begitu.

Selain memuja kerajaan Singapura yang amal ISA mereka sama sendiri juga mengamal kan perintah tutup mulut. "GAG ORDER".

Oleh sebab partnership antara mereka penuh pembohongan dan tidak "hold water" maka mereka amat takut satu pihak bercakap berlawanan dari pihak lain yang sama ujud dalam loose coalition ini.

Selain itu mereka amat takut pada terbongkar nya tembelang pembohongan lalu mereka amalkan perintah "gag order" yang zalim ini, Ia zalim kerana pelanggar nya boleh dibuang begitu sahaja tanpa soal banyak.

Jadi dalam mereka bising pasal akta hasutan kerana kerja menghasut, mereka lah pengamal kezaliman perintah tutup mulut.

Oh, sambil itu mereka jugalah juara saman, mereka saman siapa sahaja yang berani londeh kan kejahatan mereka.

Semua akan disaman tiap kali mereka tersepit.

Mereka juga amat berani ajak berdebat kerana dalam perdebatan mereka akan menyoal itu ini, dan ketika menjawap mereka akan menyoal lagi, dan lagi dan lagi.

Jadi dengan menyoal bertubi tubi mereka tidak perlu jawap.

Lagi pun dalam perdebatan ada peluang berbohong didepan orang ramai.

Jika yang berlawan debat dengan mereka itu menyaman kembali, akan digelar takut dan memang melakukan apa yang mereka cakap.

Kini sudah mula mereka merancang mahu ada kan roadshow dan demo berkenaan akta hasutan, Kerana ramai ahli mereka yang kena pada akta ini.

Oleh sebab tidak dapat menjawap dimahkamah mereka mahu ianya dihapuskan.

Orang biasa mana takut akan akta ini, mereka tidak menghasut, hanya ahli pembangkang sahaja yang takut.

Sambil mereka mahu semua akta ada dalam negara kita dibuang, abang mereka di seberang menikmati keamanan dan tidak risau akan dijatuhkan di Singapura kerana di sana ada ISA, sesiapa yang berani ungkit akan diseret kedalam.

That is justice for you.


-tv14-

No comments:

Post a Comment